Analisis Taktikal: Evolusi David Silva Menjadi Deep Lying Playmaker Menyukarkan Watford

Dalam kemenangan 6-0 Manchester City ke atas Watford tempoh hari, peranan David Silva sangat menarik untuk diperhatikan.

Asasnya pemain ini adalah pemain no.10 yang lincah beraksi di belakang penyerang di blok tinggi. Namun musim ini jika anda perasaan beliau seakan-akan beraksi seperti no.4 (tipikal Fabregas) di dalam padang.

Anda pastinya masih ingat ketika Wenger mentransformasi Santi Cazorla daripada pemain no.10 kepada pemain no.4 yang juga boleh beraksi sebagai no.6.

Peranan mereka adalah ‘deep lying playmaker’!

Beliau bermain dalam peranan yang lebih ke bawah. Ada satu ketika beliau adalah no.6. Dalam erti kata lain, Silva menjadi pivot dalam beberapa fasa.

Lihat ‘heatmap’ David Silva dalam perlawanan menentang Watford, anda akan dapati beliau beroperasi sebagai ‘deep lying playmaker’.

Ini adalah contoh di mana Silva menjadi pivot kepada binaan serangan pasukan City.

Kredit – ESD

Perubahan peranan ini membolehkan Silva terus memulakan perancangan daripada bawah dalam sistem free eight Pep Guardiola.

Dengan badannya yang kecil pastinya beliau bukan pemain yang sesuai untuk bermain sebagai pemain tengah pertahanan. Namun dalam situasi ini Pep Guardiola sudah menjangka pasukan lawan mereka akan turun bertahan.

Jadi, saya dapat buat penilaian peribadi bahawa, peranan Silva ini wujud untuk berhadapan dengan pasukan yang tidak menghadirkan tekanan di garisan pertahanan mereka.

Sebaliknya pasukan seperti Watford berpotensi dengan sistem 9 pemain di belakang bola. Lihat bagaimana Silva menerima hantaran terus daripada penjaga gol City dalam keadaan mereka ditekan oleh pasukan Watford.

De Bruyne pula diberikan peranan yang mirip dengan peranan asas beliau beberapa musim di Manchester City. De Bruyne menjadi pemain yang mirip kepada peranan pemain sayap tengah (central winger).

Idea meletakkan Silva di bawah dalam keadaan ruang yang besar adalah untuk membolehkan lebih banyak hantaran vertikal ke bahagian serangan.

Dalam banyak kes di EPL, pasukan seperti Liverpool, Spurs, Arsenal dan Manchester United bermasalah untuk masuk segera ke dalam kotak penalti kerana pertahanan lawan terlalu kompak.

Dengan adanya pemain seperti Silva, hantaran vertikal itu akan lebih banyak dilakukan dengan segera.

Kepentingan hantaran vertikal ini adalah untuk memecahkan unit pertahanan dengan hantaran kunci (killer pass). Itu yang dilakukan Mourinho dengan Henrik Mkhitaryan.

Di mana pemain antarabangsa Armenia itu membuatkan mereka lebih banyak hantaran vertikal berbanding sebelum ini banyak ke sisi.

Lihat pola hantaran David Silva yang banyak bertumpu di zon tengah.

Ini adalah situasi ketika City berubah kepada 2-4-4 dan Silva di peranan deep lying playmaker. Beliau berupaya menghantar bola ke pemain di kawasan koridor tengah dan half-space.

Rumusan

Satu perubahan peranan yang menarik untuk David Silva. Mungkin Pep Guardiola merasakan beliau tidak perlu melabur 2 pemain yang sama peranan seperti De Bruyen dan Silva dalam satu perlawanan.

Jadi kualiti yang ada pada Silva boleh digunakan di peranan yang lain. Persoalannya kini, adakah Silva dalam proses untuk menjadi ‘deep lying playmaker’ ataupun ia sekadar pelan untuk perlawanan tertentu sahaja?

Musim masih panjang dan kita sama-sama saksikan apa yang akan berlaku.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN