FAM – FMLLP Lancarkan Trofi Baru Liga Super 2017!

Sebentar tadi baru tamat majlis pelancaran trofi baru Liga Super yang baharu. Majlis serba ringkas itu diadakan di Johor Bharu.

Trofi tersebut diukir secara esklusif oleh tukang emas diraja. Selepas 3 tahun FMLLP menjadi badan pentadbir bola sepak Malaysia, mereka akhirnya mengambil inisiatif melancarkan trofi baru.

Datuk Wira Yusoff Mahadi telah memberikan sedikit perincian tentang trofi ini. Trofi ini diperbuat daripada campuran perak, tembaga dan emas putih 24k.

Diameter tapak trofi ini adalah 252 milimeter dan tingginya adalah 655 milimeter. Berat trofi Liga Super yang baru ini adalah seberat 20kg.

Nama juara akan diukir pada bahagian bawah trofi. Rekaannya yang futuristik dan keemasan melambangkan era baru bola sepak Malaysia.

Ia juga menjadi simbol kekuatan dan dinanisme 12 pasukan yeng bertading dalam liga tertingg di negara kita. Warna emas yang dominan adalah mewakili penguasaan pasukan juara yang berjaya mengharungi musim yang penuh cabaran.

Liga Super adalah liga yang boleh membawa pasukan di negara kita ke peringkat serantau. Jadi, piala baru yang elegan ini dikatakan satu penghargaan kepada Liga Super.

Anda boleh saksikan sedikit tinjauan di dalam montaj pendek yang disediakan oleh FMLLP di bawah ini.

Johor Darul Ta’zim (JDT) akan menjadi pasukan pertama menjulang trofi ini selepas tamat perlawanan Liga Super pada esok di Larkin.

JDT menjuarai Liga Super musim ini untuk kali ke-4 berturut-turut. Tiada pasukan lain yang pernah melakukannya.

Nampaknya, penyokong-penyokong bola sepak akan melihat piala baru ini dijulang esok!

Leave a Reply