Analisis Taktikal Oman 6 – 0 Malaysia

Agak tak berguna (pointless) sebenarnya berbincang tentang taktikal perlawanan persahabatan pasukan negara menentang Oman semalam apabila majoriti gol yang dihasilkan Oman dihadiahkan oleh kesilapan pemain kita sendiri. Jadi, kali ini kami tampil dengan ulasan taktikal gaya pantun kerana kami langsung tiada perkara positif untuk ditulis berdasarkan persembahan semalam.

 

Tajuk: Seloka Hulubalang Negara
Oleh: Semuanya BOLA

Pra-perlawanan

Alkisah terdapat 20 hulubalang negara
Turun ke negeri Khawarij membela nama
Perlawanan persahabatan kelas pertama
Persembahan disaji kelas ketiga

Rakyat berduka di kala GST
Nestapa dilupakan demi ibu pertiwi
Bukan persembahan bermutu yang disaji
Ibarat menabur garam di luka hati

Rakyat bijak dan realistik
Tahu kemampuan pasukan pimpinan Safiq
Bukan kemenangan yang rakyat terik
Cukuplah nampak penambahbaikan taktik

Kesebelasan utama Malaysia

Akram Mahinan hulubalang baharu
JDT II tegar beliau membantu
Wan Zack kembali dengan semangat baru
Lain-lain posisi bukanlah muka baru

Malaysia mengamalkan deep defending tetapi gagal kerana tiada disiplin positioning

Separuh masa pertama seperti biasa
Gagal menguasai bola sudah dijangka
Disiplin pertahanan tidak terjaga
Kubu tembus tunggu masa sahaja

Hulubalang negara bermain 4-2-3-1
Deep defending tanpa jemu
Tetapi ruang masih muncul di kubu
Akibat sliding tackle, poor positioning, dan sikap terburu-buru

Tembus 2 gol pertama yang mudah
Boleh dielak jika hulubalang berubah
Aggression memenangi bola tidak salah
Asalkan bukan dalam situasi 1v1, lah…

Habis separuh masa pertama, rakyat tabah
Mengharap hulubalang tidak mengalah
Perubahan taktikal dan pemain jangan disanggah
Kerana separuh masa kedua perlu dijaga maruah

Baca: 149-0: Kisah Jaringan Bola Sepak Dunia

Separuh masa kedua, Malaysia mula menaikkan tempo permainan tetapi tidak bertahan dalam satu unit

Umpama tikus membaiki labu
High pressing tanpa positioning ibarat irama tanpa lagu
Midfield Oman semuanya laju-laju
Berlari melepasi hulubalang meninggalkan debu

Hulubalang negara gagal di bahagian midfield dahulu
Petunjuk yang mereka perlu dibantu
Compact shape di tengah boleh membantu
Tapi perlu ingat: compact shape hanya untuk permainan hantaran pendek, tahu?

High defensive line Malaysia dihukum

Ditambah pula dengan high defensive line
Pertahanan hulubalang asyik terlepas kawalan
Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran
Gol dikejar tak dapat, tembus 4 gol disajikan

Kad merah Safiq

Kurang 10 minit permainan dihenti
Lawan pula dapat penalti
Tatkala hulubalang perlukan ketua sejati
Emosi Safiq menguasai diri

Pengajaran

Banyak pengajaran boleh didapati
Kemahiran teknikal perlu diperbaiki
Pengetahuan taktikal wajib dimiliki
Yang selesa di teratak Wisma FAM: bangunlah dari mimpi!

Rakyat berduka perlu beringat juga
Kalah 6-0 bukan salah pemain sahaja
Yang merancang taktik perlu berubah juga
Cukup-cukuplah paksa penyerang rebut bola 50-50 di udara

Kesimpulan

Kalah menang adat perlawanan
Kalah menang hulubalang kami tetap kebanggaan
Tetapi sebagai penyokong kami dah jalankan tugasan
Sebegini rupakah kami punya balasan?

Biarpun yang berkuasa masih lena
Enak beradu di kala rakyat berduka
Bola sepak sukan rakyat jelata
Malaysiaku sehati sejiwa!

Baca: Bagaimana Pasukan Bola Sepak Paling Teruk Di Dunia Bangkit Dari Kekalahan 31-0

Like page SemuanyaBOLA di Facebook.

Follow Twitter kami di @semuanyabola.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN