Analisis: Tak Seperti ‘Top 3’ Liga Super, Masalah Sistem Bek Bertiga PJ City Yang Peningkan P. Maniam

P. Maniam PJ City 2022 masalah bek bertiga

PJ City FC sudah lama mengetengahkan sistem bek bertiga, namun sehingga kini P. Maniam belum berhasil mendapat yang terbaik sebagaimana situasi di Johor Darul Ta’zim (JDT), Sabah FC dan Negeri Sembilan FC.

Begitupun, ia mampu untuk kekalkan mereka dalam saingan Liga Super sejak meraih promosi pada musim 2019. Kedudukan terbaik mereka dalam saingan utama Liga Malaysia adalah ke-7 dan terburuk adalah ke-8.

Tambahan pula mereka satu-satunya pasukan yang menggunakan sepenuhnya pemain tempatan dalam skuad mereka, tidak seperti 11 pasukan lain di Liga Super. Kepercayaan dengan bakat tempatan boleh dijulang, namun sebagai sebuah kelab bola sepak, mereka harus mencapai sesuatu yang boleh mereka lebih banggakan.

Ketika ini saingan liga dikuasai oleh tiga pasukan yang menggunakan sistem bek bertiga seperti PJ City. Sabah dan Negeri Sembilan yang baru sahaja menggunakan sistem tersebut terus berada di kalangan ‘top 3’. Jadi, di mana kekurangan The Phoenix dalam menggunakan sistem tersebut? Mungkin ini adalah antara faktornya.

Kuota Import Bukan Wajib Dipenuhi, Pasukan Liga-M Wajar Contohi Semangat #YakiniLokal PJ City

Kualiti pemain vs Sentimen ‘Yakini Lokal’

Harus diakui, kualiti pemain memainkan peranan penting untuk menjayakan sesuatu sistem yang dibangunkan pasukan. Kekuatan mereka ketika ini lebih kepada semangat kepada sentimen yang dibawa – yakini lokal.

Mereka merupakan satu-satunya pasukan yang mempertaruhkan sepenuhnya pemain tempatan. Dan pihak pengurusan juga mengukuhkan projek ini dengan slogan ‘Yakini Lokal’. Ia meresap ke jiwa para pemain, namun ini hanya menjadi ketika mereka berdepan pasukan gergasi. Sentimen ini hanyut saat berdepan pasukan biasa.

Mereka masih kekurangan kualiti daripada pemain tempatan yang dimiliki. Sistem ini boleh berjaya dengan kualiti pemain yang lebih baik. Bukan semua posisi yang kekurangan kualiti, tetapi posisi yang penting untuk sistem ini iaitu bek sayap antara yang dilihat masih belum mencapai tahap yang meyakinkan semua.

Sistem ini memerlukan pemain di posisi bek sayap yang memiliki kepantasan, stamina yang tinggi, dan work rate yang luar biasa untuk melakukan serangan dan turun ke bawah untuk bertahan sekiranya diperlukan.

Berbanding dengan beberapa pasukan yang bermain dengan sistem yang sama, mungkin inilah faktor utama.

P. Maniam ada masalah di sistem pertahanannya

Sebenarnya, pengendali, P. Maniam ada masalah di benteng. Siapa yang mahu dibentuknya sebagai pemain bek sayap yang mampu turun dan naik dengan berkesan disamping memiliki tiga bek tengah yang dominan?

Beliau memiliki lambakan bek sayap tetapi tidak untuk posisi bek tengah. Dalam sembilan perlawanan yang dilalui, Maniam dilihat masih bereksperimentasi dengan pilihan di tangannya dengan Raffi Nagoorgani sebagai tonggak utama dalam sistem pertahanannya. Gandingan Raffi kerap bertukar ganti seperti juga bek sayap.

Gandingan Raffi selalunya adalah bek sisi yang ditukarkan kepada peranan bek bertiga. Di sinilah sebenarnya masalah utama pengendali tersebut, kerana untuk bermain dalam formasi sebegini, beliau perlukan bek tengah yang kukuh untuk bertahan jika berlaku serang balas disebabkan bek sayap perlukan sedikit masa untuk turun.

Pemain seperti Aroon Kumar, K. Prabakaran, M. Tamilmaran pernah digandingkan bersama Raffi selain pernah juga tampil di posisi bek sayap disebabkan mereka sebenarnya pemain bek sisi. Saat ini, Maniam dilihat sudah menjumpai permata baharu untuk gandingan Raffi iaitu Zainal Abidin Jamil yang sudah diturunkan lima kali.

Begitupun, beliau masih perlukan bek tengah yang dominan untuk sistem ini lebih berkesan. Kita boleh lihat JDT memiliki, Shahrul Saad, Shane Lowry dan Matt Davies, Sabah pula ada Jackson, Dominic Tan dan Rawilson Batuil sementara Negeri Sembilan seperti yang kita ketahui Herold Goulon, Khuzaimi Piee dan Nasrullah Haniff.

Sistem bek bertiga yang tidak kukuh membawa padah

Mungkin pemain yang berprofil di posisi bek tengah diperlukan The Phoenix untuk mengukuhkan benteng. Kita boleh lihat bagaimana pengendali Sabah, Datuk Ong Kim Swee membawa masuk pemain seperti Dominic Tan yang sudah diketahui arif dengan sistem bek bertiga selain dominan ketika bertahan untuk merevolusi Sabah.

Baddrol Bakhtiar, Dominic Tan Sah Sertai ‘Revolusi Kim Swee’ Di Sabah, Rizal Ghazali Bakal Menyusul

Raffi seorang tidak mancukupi buat PJ City. Kehadiran Zainal Abidin cuma menyelesaikan sedikit masalah. Mengapa Maniam tidak memberikan peluang lebih besar kepada Shivan Pillay? Ini tidak dapat dipastikan.

Jika anda menggunakan sistem ini bersama masalah ini berdepan pasukan yang memiliki ramai pemain yang berkebolehan menyerang, ia boleh mengundang padah. Ia berlaku ketika mereka tewas 0-4 kepada JDT. Malah mereka sudah tewas tiga dalam lima perlawanan terakhir di Liga Super. Ini signal penting buat Maniam.

Tetapi dengan pilihan pemain yang terhad, tugas berat menanti Maniam untuk memulihkan semula PJ City.

Jika mereka berjaya harungi musim ini dengan kekal di Liga Super, musim depan mereka wajib mengukuhkan posisi bek tengah dengan lebih baik supaya sistem bek bertiga yang mahu digunakan membuahkan hasil.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN