Suhaimi Azam Ulangi Prestasi Cemerlang Bertemu Kedah, Enggan Hampakan Peminat Di Laman Sendiri

Setelah berjaya memperagakan aksi cemerlang pada perlawanan pusingan kedua Piala FA sewaktu menewaskan Kedah Darul Aman (KDA), para pemain Terengganu dilihat berad dalam momentum terbaik bagi perlawanan seterusnya.

Aksi Liga Super selepas ini bakal mempertemukan kembali Terengganu menentang KDA di laman sendiri iaitu Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) dan pasukan tuan rumah pastinya mahu meneruskan kejayaan mereka untuk mengetepikan pelawat.

Perkara tersebut diakui sendiri oleh Mohd Suhaimi Husin selaku penjaga gol Terengganu apabila beliau tekad untuk mengulangi prestasi cemerlang seperti perlawanan lalu.

Walaupun dalam aksi pusingan kedua Piala FA sebelum ini mereka beraksi dengan 10 orang sahaja apabila pertahanan import, Pape Diakite dilayangkan kad merah, nyata ketangkasan Suhaimi berjaya membuatkan barisan serangan KDA kecewa sepanjang permainan.

Pada perlawanan lalu, jaringan tunggal Mohd Faiz Nasir berjaya membawa Terengganu ke peringkat suku akhir selain aksi cemerlang Suhaimi Husin yang menidakkan cabaran lawan untuk membuat sebarang kebangkitan.

“Dalam tempoh 10 hari, kami sekali lagi bakal berdepan dengan Kedah, ia sudah pasti perlawanan menarik kerana kami berazam meneruskan momentum kemenangan manakala lawan hadir untuk membalas dendam.

“Saya akan berusaha untuk mempamerkan aksi terbaik untuk sekali lagi menghalang pintu gol daripada dibolosi bagi memastikan kemenangan milik kami.

“Buat rakan sepasukan, terutama benteng pertahanan, saya mengharapkan aksi cemerlang ketika mematahkan serangan Kedah pada Rabu lalu, kembali berulang Jumaat ini,” katanya ketika dihubungi Arena Metro.

Dalam masa sama, Suhaimi turut menjelaskan kepada peminat mengenai dirinya sentiasa berusaha untuk memberi aksi yang terbaik ketika disoal mengenai kritikan penyokong setelah penjaga gol tersebut dilihat agak tidak konsisten.

“Setiap perlawanan, saya sentiasa berdoa dan mencuba yang terbaik, tapi jika aksi tidak sebagaimana diharapkan, saya akan cuba perbaiki lagi prestasi.

“Harap peminat memberikan sokongan padu kepada kami setiap kali beraksi bagi membakar semangat terutama mengutip tiga mata di tempat sendiri,” katanya.

Musim ini, Suhaimi turut mempunyai persaingan sihat untuk merebut kesebelasan utama selaku penjaga gol Terengganu, apabila Rahadiazli juga berada dalam momentum terbaik untuk mencabar posisi tersebut.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN