Analisis: Sains Di Sebalik Sepakan Penalti Oleh Pemain Liga Utama Eropah

Semua orang gembira apabila pasukan mereka dihadiahkan penalti kerana ia memberikan peratusan yang sangat tinggi untuk menghasilkan gol.

Berdasarkan satu analisis statistik oleh Freddie Wilson, yang diambil kira daripada 5 liga utama Eropah daripada 2011-2017, peratusan gol daripada sepakan penalti adalah 76.6% ataupun secara nila xG ianya 0.766.

Jadi,  sekitar 14% itu juga masih cukup untuk membuatkan anda gementar menunggu sama ada penalti itu masuk ataupun sebaliknya

Analisis Freddie Wilson

Analisis melibatkan 9,000 perlawanan EPL, La Liga, Bundesliga, Serie A dan Ligue 1 daripada 2011-2017.

Kajian oleh Freddie Wilson ini juga melihat kejayaan sepakan penalti berdasarkan arah sepakan penalti (placement) dan kadar kejayaannya. Berikut adalah data yang beliau dapat

Penalti yang teruk dan gagal biasanya penalti yang ditembak ke bahagian tengah terutama sekali yang dirembat tinggi. Di mana hanya 76.7% sahaja yang berjaya.

https://www.youtube.com/watch?v=J5VrVM3Cvgs

Penalti yang paling banyak menghasilkan gol adalah yang dituju ke bahagian sudut atas sebelah kanan dan kiri, masing-masing berperatusan 96.4% dan 95.7%.

Namun tidak ramai penendang penalti yang memilih 2 sudut atas kiri dan dan kanan ini kerana ia memerlukan teknik dan keyakinan yang tinggi.

Ramai penendang penalti memilih sudut rendah sebelah kiri mereka. 904 penalti daripada 2,596 yang dianalisis adalah ke bahagian tersebut. Peratusannya agak baik dengan  79.5%.

Variasi di dalam arah sepakan

Ketika sepakan penalti Romelu Lukaku diselamatkan pada 26 Ogos lalu menentang Leicester, ia adalah penalti ke-5 yang beliau gagal. Sepakan beliau agak ke tengah walaupun ia dihala ke bahagian kiri.

 

Teori di atas menjelaskan semain ke tengah dengan bola yang semakin tinggi, peratusan penalti itu gagal adalah tinggi. Berikut adalah rekod penalti Lukaku setakat ini berdasarkan kedudukan bola itu ditembak.

Secara kasarnya, Lukaku perlu mempelbagaikan arah sepakan penalti beliau. Data seakan penalti beliau ternyata fokus kepada kiri dan tengah.

Ini yang pernah berlaku ketika penalti beliau diselamatkan David De Gea.

Sebagai perbandingan, Zlatan Ibrahimovic antara pemain yang prolifik dalam rutin penalti sepanjang karier beliau.

Beliau menjaringkan 34 daripada 37 penalti (2011-2017) ataupun 69 daripada 79. Ini kerana Zlatan Ibrahimovic memiliki variasi penalti yang pelbagai. Ibrahimovic memiliki data 42% variasi ataupun perubahan arah di dalam arah sepakan penalti beliau.

Namun ada juga pemain yang tidak gemar menukar arah sepakan penalti mereka tetapi masih memiliki kadar kejayaan yang tinggi. Dybala dan Francesco Lodi antara yang melakukannya dengan baik.

Peratusan mereka menukar arah sepakan penalti mereka adalah sekitar 10%-15% sahaja.

Rumusan

Berdasarkan analisis arah sudut pilihan penendang penalti dan variasi di dalam sepakan penalti. Kami dapat rumuskan, pemain harus lebih variasi di dalam sepakan mereka.

Ini kerana data statistik yang semakin canggih telah merekodkan potensi arah sepakan mereka. Seterusnya, pemain harus mengambil kira kekuatan penjaga gol yang akan mereka tentang dari jarak dekat.

Namun untuk pemain yang memiliki teknikal baik seperti Lodi dan Dybala, kekuatan dan kualiti penalti mereka menjadi taruhan utama bukannya arah.

Untuk penalti yang ditembak ke sudut tinggi kiri dan kanan, ia lebih sukar diselamatkan oleh penjaga gol. Tetapi ia memerlukan keyakinan dan kualiti di dalam sepakan.

Pada masa yang sama, penjaga gol seakan-akan sudah tahu ramai pemain akan mencari sudut kiri dan kanan yang rendah.

Sumber

Chance Analytic

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN