Tiada Pilihan! Negeri Sembilan Wajib Menang Perlawanan Menentang PKNP

PKNP bukanlah pasukan yang mahu dilawan oleh mana-mana pasukan terutama sekali pasukan dari Liga Perdana. Negeri Sembilan vs PKNP adalah perlawanan tumpuan Piala Malaysia yang tidak seharusnya dilepaskan.

Kedudukan semasa

PKNP masih mengungguli kumpulan A dengan 10 mata setakat ini. Manakala Negeri Sembilan berada di tangga ke-4 dengan 5 mata.

 

Prestasi semasa

Kedua-dua pasukan masih belum menang dalam 2 perlawan terakhir mereka. Prestasi tidak menentu Negeri Sembilan dalam 6 perlawanan terakhir nampak merisaukan. PKNP pula tewas dalam 2 perlawanan terakhir mereka.

Rekod pertemuan

Kedua-dua pasukan hanya bertemu 2 kali dalam sejarah mereka. Masing-masing menang 1 perlawanan daripada 2 pertemuan tersebut.

Perlawanan terakhir mereka adalah pada Piala Malaysia 2017 di mana PKNP menang 2-0.

PKNP FC – Photo: Asiana.my

Fakta perlawanan

  • Negeri Sembilan tidak pernah gagal menjaringkan gol dalam 5 perlawanan terakhir mereka
  • PKNP gagal menjaringkan gol dalam 2 perlawanan terakhir mereka
  • PKNP hanya tewas sekali dalam kempen Piala Malaysia mereka setakat ini iaitu kekalahan 6-0 di tangan Pahang

Sebelum wisel

PKNP sudah pastinya menjadi ujian besar untuk Negeri Sembilan untuk terus menghidupkan impian mereka mara ke pusingan kalah mati Piala Malaysia 2017 walaupun secara matematiknya ia kelihatan sukar.

Negeri Sembilan wajib menang perlawanan ini sambil mengharapkan Pahang dan T-Team seri dalam perlawanan berikutnya.

PKNP pula mungkin akan mengambil kesempatan menggilirkan pemain-pemain mereka dalam perlawanan ini. Ini kerana mereka sudah pun mara ke pusingan seterusnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN