5 Perkara; Manchester City Membelasah Liverpool 5-0 Di Etihad

Perlawanan tumpuan minggu ini pastinya melibatkan Manchester City dan Liverpool. Liverpool dianggap ujian utama untuk City kali ini selepas menang bergaya ke atas Arsenal sebelum ini.

Namun ia ternyata tidak berlaku. Skuad Pep Guardiola menguasai keseluruhan perlawanan ini. Manchester City membelasah Liverpool dengan aksi 5 bintang.

1. Aguero-Jesus boleh bermain bersama

Ramai yang menganggap 2 pemain ini tidak boleh bermain bersama-sama. Pep Guardiola juga kerap dikaitkan akan menjual Aguero kerana ada Gabriel Jesus.

Tetapi dalam perlawanan ini, kedua-dua pemain ini beraksi sangat baik bersama. Salah satu sebab kenapa formasi 3-5-2 itu digunakan adalah kerana mahu menggunakan 2 penggempur ini bersama-sama.

Aguero terus menjadikan Liverpool sebagai pasukan yang beliau gemari dengan menjaringkan 6 gol ke atas Liverpool dalam karier beliau.

Beliau hampir menambah gol pada minit ke-86 namun dinafikan Mignolet. Gabriel Jesus dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan.

2. Mendy dinamik

Di sebalik sikapnya yang dikenali dengan tweet nakal. Pemain ini membuktikan beliau pemain yang dinamik di dalam sistem Guardiola.

Beliau antara pemain yang berterusan memberikan masalah kepada Liverpool dengan gerakan dan hantaran lintang beliau. Mendy turut menghasilkan 1 bantuan gol di dalam perlawanan ini.

3. Rekod terburuk Liverpool dan Klopp

Kali terakhir Manchester City menang lebih daripada 4 gol di tangan City di dalam liga adalah pada 1949. Manakala kali terakhir City menang lebih daripada 4 gol ke atas Liverpool ialah pada 1974 dalam piala domestik .

Kali terakhir Klopp tewas dengan jaringan 5 gol adalah ketika tewas di tangan Bayern Munich pada 2009 dengan 5-1. Satu hari yang sukar untuk dilupakan oleh penyokong Liverpool.

Ini juga kekalahan terburuk Klopp di EPL selepas sebelum ini tewas 3-0 di tangan Watford.

4. De Bruyne pemain paling kreatif di Eropah

1 bantuan gol beliau di dalam perlawanan ini menjadikan beliau pemain paling banyak melakukan bantuan gol di liga utama Eropah sejak 2013/14.

Aksi beliau di dalam perlawanan ini sangat eksklusif. Beliau menjadi pemain yang penting untuk Manchester City sejak menyertai kelab tersebut.

5. Liverpool longlai

Ya, memang mereka bermain 10 pemain selepas kad merah kepada Mane. Tetapi dari awal lagi mereka memberikan banyak ruang kepada pasukan lawan.

Ketika bermain 10 orang, mereka tetap tidak ada karakter yang lebih baik untuk ‘damage limitation’. 10 pemain yang kurang keinginan di dalam padang berhadapan dengan 11 pemain yang dalam prestasi terbaik diuruskam Guardiola.

5-0 adalah rumusan yang tepat.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN