Pahang boleh dikatakan efektif dengan floating attackers dalam perlawanan ini.
Penyakit lama JDT muncul kembali iaitu gagal untuk mendapat rentak (settle down) lebih awal. Dalam perlawanan ini, boleh dikatakan 90 minit mereka gagal mendapatkan rentak.
Permulaan
Dollah Salleh menggandingkan sekali lagi Alves dan Ashaari Shamsuddi di hadapan. Ini bermakna Pahang tidak bermain sistem target man.
JDT kekal dengan 4-3-3, dengan Brian Fereirra diberikan tempat di bahagian serangan.
Pahang bermain sistem floating attackers
Posisi Ashaari Shamsuddin dan Matheus Alves agak terapung di antara 2 garisan JDT, iaitu pertahanan dan tengah. 2 pemain ini sentiasa berlegar dengan turun ke bawah (drop off).
Membuatkan sistem mereka kadangkala nampak strikerless (tanpa penyerang)!
JDT seringkali bermasalah apabila tidak ada pelan pressing yang sistematik untuk mengatasi sistem ini.
Ketika Alves ataupun Ashaari turun ke bawah, pemain-pemain lain akan berpeluang untuk menyusup masuk ke dalam kotak penalti.
2 pemain yang aktif adalah Syamim dan Sumareh. Peranan Alves sangat mencuri perhatian. Ketika transisi bertahan ke serangan pemain ini akan turun ke bawah.
JDT memberikan ruang yang sangat besar kepada pemain ini. Midfielder 3 JDT lemah dalam bertahan secara unit dan melindungi bek berempat.
Di bawah ini gambaran posisi ketika Alves turun ke halfspace. Kemalasan Safiq dan Cabrera untuk membetuk unit dengan Afiq Fazail memberikan ruang terlalu besar di kiri dan kanan Afiq.
Anda boleh lihat contoh di bawah ini. Betapa besarnya ruang diberikan oleh unit tengah JDT.
JDT gagal mencari rentak
Ini adalah perlawanan di mana JDT berada dalam situasi kritikal untuk mencari rentak. Mereka gagal membentuk unit di dalam pasukan.
Banyak gerakan dan ancaman bahaya adalah dari individu. Mereka gagal untuk bermain fluid dan free flowing football di dalam perlawanan ini.
Di bahagian pertahanan mereka agak gugup terutama sekali Fadhli Shas dan Fazly Mazlan yang menjadi antara titik lemah / weakest link JDT.
Mereka kerapkali ditewaskan di garisan tinggi dengan terlalu mudah. Ini menunjukkan mereka ada masalah dari segi koordinasi dan komunikasi di barisan pertahanan dengan penjaga gol.
Di tengah, midfielder 3 gagal membentuk untuk untuk menguasai tengah. Apabila lemah cengkaman di tengah, 4-3-3 sentiasa dalam masalah.
Di barisan serangan pula, mereka hilang kreativiti dan ketajaman. Masalah ini yang membuatkan mereka gagal bermain sebagai satu pasukan.
Pahang mengambil kesempatan di atas kekalutan JDT
Pahang mengambil kesempatan di atas kelemahan dan kegugupan JDT ketika bertahan, terutama sekali dalam situasi bola mati.
Gol pertama Syamim adalah kerana satu hantaran lintang sempurna dan gerakan tanpa bola Syamim yang tajam.
Izham Tarmizi gagal untuk memenangi bola, meskipun dia keluar dari untuk mendapatkan bola tersebut. Gol kedua pula, ianya hasil daripada lambungan oleh Ashaari.
Lemahnya komunikasi di antara Izham dan Azriff di belakang. Sekali lagi Izham keluar dari garisan belakang dan gagal memenangi bola.
Peraturan mudah dalam bola sepak, apabila penjaga gol keluar dari garisan mereka, seharusnya mereka memenangi bola ataupun mengeluarkan bola.
Gol ke-3 Pahang juga keadaan yang sama. Izham gagal untuk memenangi ataupun mengeluarkan bola.
Pahang bertahan dengan baik
Unit pertahanan Pahang ternyata bertahan dengan lebih baik di dalam perlawanan ini walaupun ada 3 atau 4 kali melepaskan bola mudah.
Mereka tetap layak mendapatkan kredit kerana lebih agresif dan bertanggungjawab secara unit.
Pahang berjaya mendesak JDT untuk bermain lebih kerap ke sisi. Mereka kekal kompak dan mengurangkan akses JDT ke zon 14.
Apabila ke sisi, JDT sudah pastinya ada opsyen untuk bermain hantaran lintang. Namun mereka tidak ada target man yang kuat. Jadi, mereka akan berpatah balik.
Walaupun JDT gagal bermain secara unit, namun kualiti pemain JDT secara individu masih mampu menghasilkan ancaman yang kuat.
Secara keseluruhannya pertahanan Pahang berjaya bertahan dengan baik.
Penilaian
Pahang selayaknya menang perlawanan ini dan JDT harus menyalahkan diri sendiri. JDT terlalu banyak kesilapan individu di dalam perlawanan ini.
Mereka juga gagal untuk mencari rentak sepanjang 90 minit. Ia memang tactical error kerana mereka gagal untuk settle down.
Namun secara teknikal pula pasukan ini masih mempu menghasilkan ancaman. Ada 2 sitter gagal disudahkan oleh mereka di dalam perlawanan ini.
Untuk pasukan Pahang, Matheus Alves adalah pusat kepada sistem Pahang pada kali ini.
Di pertahanan, mereka berjaya bertahan dengan lebih baik. Dollah memasukkan target man untuk menggantikan sistem yang lebih floating.
Ia tetap berjaya menghasilkan gol kerana kesilapan penjaga gol lawan.
Apa yang perlu diperbaiki?
Apa yang perlu Mora perbaiki pada perlawanan kedua adalah, sistem pertahanan dan pressing secara unit.
Terutama sekali ketika mencegah floating role seperti Alves. Musim lalu JDT adalah pakar sistem floating attackers dengan Diaz dan Lucero.
Seterusnya adalah isu sokongan di antara unit dan juga kreativiti.
Untuk Dollah Salleh pula, beliau perlu menggariskan isu bertahan secara unit oleh 2 pemain sayap mereka, Sumareh dan Wan Zaharulnizam yang lemah untuk turun membantu pertahanan.
Kali ini mereka bernasib baik kerana 2 bek sisi mereka dalam prestasi terbaik terutama sekali Faisal.
Pemain terbaik
Matheus Alves (Pahang)
Baca juga: Aksi Cemerlang Pahang Berjaya Tumbangkan JDT 3-1 Di Darul Makmur