Video: Mourinho ‘Panas’ Ditanya Soalan Bodoh, Wartawan Cuak!

Jose Mourinho berang dengan soalan bodoh dan taktikal bertahan West Bromwich Albion dalam perlawanan yang berkesudahan Manchester United 0 West Brom 0.

Mourinho turut naik angin dengan kenyataan wartawan selepas perlawanan. Wartawan BBC berkata:

“Hari ini kedua-dua pasukan cancelled each other out. Nampaknya kedua-dua pasukan agak seimbang hari ini.”

Maksud wartawan tersebut, kedua-dua pasukan menafikan kemenangan sesama sendiri. Mourinho berang dengan berkata:

“Apa maksud awak? Awak benar-benar rasa begitu ke? Awak rasa ini soalan yang awak nak tanya?”

Wartawan menyambung lagi, menyatakan Mourinho dan Pulis senyum tanda berpuas hati dengan keputusan seri.

Mourinho menjawab:

“Saya senyum sebab saya sedang bercakap dengan kawan saya.  Bukannya senyum sebab perlawanan itu.”

Wartawan: “Sebab saya nampak awak senyum saya ingat anda berdua berpuas hati.”

Mourinho: “Suka hati saya nak senyum waktu saya kalah, waktu saya menang atau seri. Ia tiada kaitan.”

Wartawan mulai cuak dan Mourinho bertanya, adakah dia suka dengan perlawanan yang dia saksikan tadi? Mourinho menyambung:

“Saya minta maaf, itu soalan bodoh.”

“Apabila satu pasukan hanya melepasi garisan tengah cuma sekali dalam masa 90 minit, satu lagi pasukan berterusan mencuba dan mencuba, anda katakan itu menafikan kemenangan antara satu sama lain?”

“Kami hari ini tidak perlu bertahan pun.”

“Satu pasukan ada bola (istilah ball double meaning kepada jantan/ada telur) dan satu lagi tidak. Satu pasukan cuba untuk menang, yang satu lagi cuba untuk seri.”

“Seorang penjaga gol (De Gea) boleh buat tidur. Sebab dia tidur di sana, kami rasa ia kelakar dan tergelak.”

“Seorang penjaga gol sedang buat benda yang kelakar, seorang lagi pula sedang melakukan 3 saves luar biasa.”

“Saya akui kami banyak seri musim ini. Sebab banyak pasukan datang ke sini (Old Trafford) dan bertahan. Penjaga gol datang ke sini untuk menang Man of The Match.”

“Sampaikan kami tidak mampu skor dalam keadaan 1 lawan 1.”

“Kami menang ke atas sesiapa sahaja dari segi kualiti permainan, arah bola, penguasaan, kreativiti dan kemahuan, tetapi kami seri terlalu banyak perlawanan.”

Ini adalah rakaman video tersebut. Marah betul The Special One! Agak kelakar

Baca juga: Highlight: Manchester United 0 West Brom 0, Foster Cemerlang Di Gawang!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN