Aksi Cemerlang Pahang Berjaya Tumbangkan JDT 3-1 Di Darul Makmur

Aksi hangat Pahang menetang JDT di Stadium Darul Makmur menyaksikan perlawanan berintesiti tinggi sejak dari minit pertama perlawanan.

Pahang sejak minit pertama melakukan percubaan menerusi Matheus Alves namun percubaannya hanya sipi saja.

Pahang turut beberapa kali melakukan gerakan bahaya ke pintu gol lawan namun tiada percubaan berjaya dilakukan.

JDT turut cuba untuk memberikan saingan dengan cuba melakukan serangan, namun sama seperti Pahang mereka cuma berjaya mengancam tetapi tiada percubaan.

GOL! Syamim Yahya menjaringkan gol pada minit ke-14 selepas hantaran Matthew Davies singgah di kepala beliau.

Menariknya, kedua-dua pasukan terus mencari gol sambil dengan tempo permainan yang tinggi.

GOL! JDT berjaya menyamakan kedudukan apabila tandukan Marcos Antonio menerjah jaring selepas kesilapan mudah dari Wan Azraie.

Satu perkara yang menjadi perhatian adalah sentuah pertama Mahmadou Sumareh yang sering melakukan tampanan yang tidak baik.

Tampanan yang tidak baik itu mendorong kepada hilangnya beberapa peluang untuk menjaringkan gol dari beliau untuk pasukan Pahang.

Menuju tamat separuh masa, kedua-dua pasukan mula memperlahankan permainan. Akan tetapi, kedua-dua pasukan masih lagi berada dalam mentaliti untuk menyerang dan mencari gol.

Brian Ferreira hampir menjaringkan gol kedua pasukan pelawat namun rembatannya sedikit melewati palang gol menjelang tamat separuh masa pertama.

Lambungan cantik!

GOL! Separuh masa kedua dimulakan dengan jaringan daripada Matheus Alves apabila menjaringkan gol menerusi lambungan cantik melepasi Izham Tarmizi.

Perlawanan berlangsung dalam tempo yang tidak selaju awal separuh masa pertama tetapi satu perkara yang menjadi tumpuan pada separuh masa kedua apabila kedua-dua pasukan sering melakukan kekasaran.

Gambar: JOHOR Southern Tigers

Perlawanan juga diselangi dengan beberapa insiden kontroversi hasil dari terjahan pemain kedua-dua pasukan.

GOL! Pemain gantian Chinedu Bright Dike menjaringkan gol hasil tandukan selepas menerima hantaran dari sepakan penjuru untuk berikan Pahang kelebihan 3-1.

Bright Dike terus menjadi barah kepada pasukan JDT apabila tandukan beliau sekali lagi hampir berikan gol ke-4 pasukan Pahang namun tandukannya ditepis Izham Tarmizi.

Sumareh turut tidak ketinggalan untuk menjaringkan gol namun sayang beliau terperangkap ofsaid.

Wan Zaharulnizam hampir menjaringkan gol ke-4 Pahang namun percubaan lencong beliau ditepis keluar oleh Izham.

Insiden panas berlaku selepas Faisal Rosli dihalang oleh Gonzalo Cabrera yang menyaksikan situasi tak puas hati melibatkan Zaharulnizam dan juga Safiq Rahim.

Secara keseluruhannya, Pahang beraksi dengan penuh tenaga dan intesiti sebegitu memberikan ganjaran terbaik apabila 3 gol berjaya dihasilkan.

JDT perlu merencana sesuatu untuk memastikan mereka kembali dalam perlawanan ini apabila aksi kedua-dua pasukan ini bertemu di Larkin.

Tamat perlawanan, Pahang 3-1 JDT.

Kesebelasan utama

Pahang: Wan Azraie (penjaga gol), Faizal Rosli, Muslim Ahmad, Heo Jae Won, Matthew Davies (kapten),Wan Zaharulnizam, Azam Azih, Ashari Shamsudin, Mahmadou Sumareh, Ahmad Syamim Yahya, Matheus Alves,

JDT: Izham Tarmizi (penjaga gol), Azrif Nasrulhaq, Marcos Antonio, Fahdli Shas, Fazly Mazlan, Safiq Rahim (kapten), Gabi Guerra, Afiq Fazail, Gonzalo Cabrera, Ahmad Hazwan Bakri, Brian Ferreira

Keputusan lain Suku Akhir 1 Piala FA Malaysia 2017

  • Kedah 4-0 PKNP FC (Fitri Omar x2, Liridon Krasniqi, Ken Ilso x2, Syafiq Ahmad/Khairul Asyraf Ramli)
  • Terengganu 1-1 Sarawak (Federico Falcone/Le Jong Ho)
  • Sabah 0-1 Negeri Sembilan (Marko Simic)

Baca juga: Kerana Mersyeside Derby, Idrissa Gueye & Sadio Mane ‘Putus Kawan’

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN