Analisis: Masanya Sudah Tiba, Morata Menjadi Pemain Utama Sebagai No.9!

Jack of all trades, master of none, itulah istilah yang sesuai buat Alvaro Morata ketika ini. Pemain penyerang yang berbakat dan serba boleh.

Max Allegri melabel beliau sebagai salah seorang pemain yang istimewa kerana mampu bermain di semua posisi pada bahagian serangan.

Kelemahan pemain serba boleh ini adalah, mereka kerap tidak dibangunkan dalam satu posisi khas secara kompleks. Fabregas antara salah seorang pemain yang kerap gagal bermain dalam satu posisi yang tetap di dalam pasukan.

Selepas meninggalkan Arsenal, Fabregas bergelut untuk menjadi pemain utama dalam satu posisi utama di Barcelona. Musim lalu, Fabregas turut dijadikan pemain yang serba boleh di dalam sistem Conte.

Pemain yang penting dalam perubahan taktikal di dalam pasukan. Namun tidak boleh dinafikan mereka memberikan impak yang kuat kepada pasukan. Cuma secara individu mereka berhadapan dengan konflik untuk menjadi pemain utama pasukan untuk 1 musim secara konsisten.

Ini kerana sifat mereka yang serba boleh membuatkan jurulatih menjadikan mereka pemain yang fokus kepada banyak peranan dan juga menjadi sandaran ataupun pemain untuk plan B.

Berdasarkan data whoscored.com, Morata sudah beraksi di posisi di selain no.9 sebanyak 10 kali.

Konflik posisi Morata

Alvaro Moratta adalah no.9. Namun kualiti yang dimiliki Juventus membuatkan pemain ini kerap diturunkan di pelbagai posisi.

Beliau boleh dikira membuktikan sesuatu bersama Juventusm terutama sekali ketika UCL 2014/15 apabila diturunkan sebagai penyerang utama terutama sekali dengan adanya sokongan daripada Carlos Tevez.

Apabila beraksi di Real Madrid, Moratta dianggap produk yang masih perlu dibangunkan dan beliau adalah pemain pilihan kedua di belakang Benzema. Dengan kualiti pemain Real Madrid di bahagian sayap dan penyerang kedua, Moratta agak sukar mendapat tempat.

Ketika Zinedine Zidane aktif menggunakan sistem 4-4-2, Ronaldo dijadikan no.9 digandingkan dengan Benzema.

Ini kerana dalam sistem tengah berempat, Ronaldo bukanlah pemain sisi (side midfielder), beliau adalah penyerang sayap yang lebih suka bermain sistem pemain sayap serangan secara serangan bertiga.

Morata boleh dianggap pemain simpanan impian semua jurulatih. Beliau mampu bermain di pelbagai posisi. Boleh bermain dalam sistem rigid ataupun yang memerlukan beliau turun naik dengan lebih banyak.

Sebelum itu, pada musim terakhir dengan Juventus, Morata bermain 34 perlawanan Serie A, 18 daripadanya adalah sebagai pemain simpanan. Beliau menjaringkan 7 gol dan 7 bantuan gol di dalam liga.

Ketika di Real Madrid, walaupun menjadi pemain yang banyak masuk dari kerusi simpanan, Morata memiliki rekod yang sangat baik pada musim lalu.

15 gol dan 4 bantuan gol dilakukan oleh beliau dalam jumlah permainan yang agak terhad. Maka tidak hairanlah penyokong Real Madrid merasakan penjualan Morata adalah satu kerugian kepada kualiti pasukan.

Masa untuk Moratta menjadi no.9

Kemasukan Moratta ke Chelsea adalah atas kapasiti untuk menjadi penyerang utama/no.9 di Stamford Bridge. Dalam erti kata lain, beliau mengambil alih peranan Diego Costa pada musim lalu.

Dalam sistem serangan bertiga , 3-4-3, Morata akan menjadi pemain yang mampu turun sedikit ke bawah dan menerima bola di zon 14 dan bermain ‘link-up’ dengan pemain di sekitar beliau.

Dengan fizikal dan kemampuan untuk memenangi bola di udara, Chelsea boleh memanfaatkan beliau sebagai target man.

Morata memiliki kemampuan untuk menjaringkan gol dengan teknikal yang baik di hadapan gol.

Morata juga seorang yang memiliki mentaliti yang sangat kuat. Beliau pernah tidak sehaluan dengan Max Allegri di Juventus namun masih mampu membuktikan kualiti beliau ketika dia atas padang.

Beliau juga tidak pernah menjadikan alasan duduk di bangku simpanan sebagai halangan untuk memberikan aksi dan kualiti terbaik.

Rumusan

Tidak salah untuk menjadi pemain serba boleh, namun seorang pemain berkelas dunia yang menjadi pemain utama pasukan harus ada peranan utama.

Morata masih lagi muda. Beliau perlukan peranan utama di dalam pasukan. Dan saya jangkakan beliau sudah pasti akan mendapat di Stamford Bridge.

Kini tinggal hanya beliau untuk membuktikan kemampuan sebenar beliau sebagai pemain utama di dalam pasukan. Selamat meninggalkan bangku simpanan Morata!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN