Serangan JDT Yang Cukup Klinikal Berikan Kemenangan 6-1 Ke Atas T-Team Di Kuala Terengganu

Perlawanan T-Team vs JDT diadakan di Kuala Terengganu dalam misi untuk pasukan JDT terus mencari 3 mata untuk memateri gelaran Liga Super pada tahun ini.

T-Team hadir dengan keadaan tempang apabila mereka 2 teraju import mereka iaitu Mahmadou Samassa dan juga Abdoulaye Maiga tidak dapat diturunkan.

10 minit pertama yang cukup menyeramkan untuk T-Team kerana mereka diserang dengan cukup hebat oleh pasukan pelawat.

GOL! JDT memperoleh gol pertama menerusi Mohamad Ghaddar namun gol itu DIBATALKAN kerana pengadil mendapati beliau mengasari pihak lawan.

HAMPIR! JDT hampir menjaringkan menerusi percubaan Natxo Insa yang terkena palang dan susulan dari Gabi Guerra melambung keluar dari sasaran.

GOL! Akhirnya JDT memperoleh gol pada minit ke-23 selepas Guerra menerima hantaran Gonzalo Cabrera yang mengatasi 3 pertahanan dengan gerakan skil yang menarik. 1-0!

HAMPIR! T-Team hampir saja mendapatkan gol penyamaan tetapi tandukan Yannick N’Djeng sipi dari memasuki jaring. Apa pun, hantaran Syed Sobri cukup kemas.

Setakat 30 minit, T-Team sepertinya tidak mempunyai rentak dalam permainan. Kesilapan ketika membuat hantaran dan salah faham ketika hendak melakukan gerak sering menghantui pasukan.

Namun begitu selepas bolos, mereka mula menaikkan tempo permainan untuk mencabar JDT.

HAMPIR! Tandukan Insa hampir saja berjaya menemui jaring namun sedikit tersasar ke tepi gol.

GOL! Ghaddar menjaringkn gol kedua JDT pada minit ke-40 selepas menerima bola hantaran Safiq Rahim yang cukup kemas.

GOL! JDT memperoleh gol menerusi S. Kunanlan selepas bola hantaran lintang beliau terkena pantulan oleh pertahanan T-Team yang kemudiannya menerjah jaring. Gol itu dikira sebagai gol beliau.

Gambar: JOHOR Southern Tigers

JDT hampir saja menambah gol ke-4 menerusi Safiq tetapi percubaannya tidak berjaya memasuki jaring.

Separuh masa pertama merupakan 45 minit yang cukup sempurna buat JDT apabila berjaya mengatasi T-Team dalam segala segi. T-Team perlu bangkit di separuh masa kedua.

Separuh masa kedua

Separuh masa kedua dimulakan dengan T-Team terus melakukan percubaan jarak jauh menerusi Fakhurazi Musa namun rembatan beliau mudah ditangkap Izham Tarmizi.

Kunanlan hampir menjaringkan gol ke-4 JDT namun begitu percubaan beliau dari jarak dekat mudah ditepis oleh Hafidz Romly.

Rembatan Cabrera berjaya dilakukan dengan baik dari luar kotak penalti namun begitu rembatannya ditepis Hafidz.

Insa terus kecewa untuk mendapatkan gol beliau malam ini apabila kuisan beliau melewati palang gol T-Team.

GOL! Guerra menjaringkang gol ke-4 pasukan JDT apabila gerakan dari sebelah kiri JDT disudahkan oleh Guerra yang berada di sebelah kanan.

Cabrera hampir menambah gol ke-5 JDT tetapi beliau gagal melakukan percubaan walaupun hanya perlu menolak sahaja bola itu ke dalam gol.

HAMPIR! JDT hampir memperoleh gol sekali lagi tetapi percubaan Guerra dihalang oleh Hafidz Romly.

Cubaan menarik dari Dilshod Sharofetdinov melakukan voli hampir saja menghasilkan gol tetapi sedikit tersasar dari gol..

GOL! Akhirnya JDT memperoleh menjaringkan gol ke-5 mereka, kali ini menerusi Fadhli Shas yang menjaringkan gol menerusi tandukan selepas menerima bola hantaran sepakan sudut Safiq!

GOL LAGI! JDT memperoleh gol ke-6 menerusi Cabrera apabila hantaran cutback berjaya menemui Cabrera!

T-Team peroleh sepakan penalti selepas JDT menjaringkan gol ke-6.

GOL! T-Team berjaya mendapatkan gol sagu hati menerusi sepakan penalti N’Djeng yang berjaya menewaskan Izham.

HAMPIR! T-Team hampir memperoleh gol kedua mereka namun rembatan Norhakim Hassan tersasar.

Secara keseluruhannya, serangan JDT yang cukup klinikal sememangnya membunuh pasukan T-Team pada malam ini. T-Team ternyata gagal untuk memberikan saingan yang diharapkan.

Tamat perlawanan, T-Team 1-6 JDT.

Kesebelasan utama

T-Team: Hafidz Romly (penjaga gol), Hasbullah Awang (ketua pasukan), Kamal Azizi, Wan Amirzafran, Syed Sobri, Aqil Irfanuddin (Muhammad Syuhiran), Fakhurazi Musa (Fauzi Kadar), Badrul Hisyam Morris (Ooi Shee Kong), Norhakim Hassan, Dilshod Sharofetdinov, Yannick N’Djeng.

JDT: Izham Tarmizi (penjaga gol), Marcos Antonio, S. Kunanlan, Fazly Mazlan, Fadhli Shas, Natxo Insa, Afiq Fazail (Nazmi Faiz), Safiq Rahim (ketua pasukan), Gonzalo Cabrera, Mohamad Ghaddar (Hazwan Bakri), Gabi Guerra (Darren Lok)

Pegawai perlawanan

  • Pengadil: Zulkarnain Zakaria
  • Penolong pengadil 1: Mu’azi Zainal Abidin
  • Penolong pengadil 2: Shahreen Che Omar
  • Pegawai ke-4: Hasrul Abdul Rahman

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN