Analisis: Mahukan Gol Berdepan ‘The Jangs’, Tarik Herold Goulon Keluar Ketika Situasi Bola Mati

Herold Goulon Negeri Sembilan 'The Jangs'

Mahu meledak gol berdepan Negeri Sembilan? Ini penjelasan bagaimana membolosi gawang ‘The Jangs’ dengan memanipulasi Herold Goulon.

Selain pendahulu liga, Johor Darul Ta’zim (JDT), Negeri Sembilan adalah pasukan kedua yang kurang dibolosi setakat 18 perlawanan yang dilalui.

Mereka cuma dibolosi 16 gol dalam 18 perlawanan dan terikat dengan Terengganu FC dengan jumlah bolos yang sama berbanding JDT yang dibolosi 10 gol. Ini tiga pasukan yang memiliki rekod bolos yang baik.

Selain organisasi pertahanan yang baik, faktor benteng tengah yang tinggi dan tegap seperti Herold Goulon juga banyak membantu Negeri Sembilan.

Jadi, bagaimana pasukan lawan boleh melemahkan struktur pertahanan yang sebegini? Gandingan bek bertiga yang digunakan oleh pengendali, K. Devan dilihat sangat ampuh melalui aksi pada musim ini, sehingga kini.

Goulon dan Khuzaimi Piee merupakan watak penting di benteng selain Nasrullah Haniff, Khair Jones dan Annas Rahmat. Tetapi Goulon adalah individu amat penting dalam organisasi pertahanan skuad ‘The Jangs’.

Ketika bek tengah itu tiada dalam pasukan, mereka tewas sekali dan seri sekali – tewas 0-1 kepada JDT dan terikat tanpa gol dengan Sabah FC.

Analisis: ‘Trend’ Prestasi Menurun, Takkan Negeri Sembilan Nak Harapkan Goulon Sahaja Gegar Gawang?

Selain penting ketika bertahan, Goulon juga memainkan peranan meledak gol dan itu mungkin menyebabkan mereka gagal meledak gol dalam dua aksi tersebut. Selepas 18 perlawanan, Goulon sudah meledak enam gol.

Beliau sangat menjadi pada saingan awal liga ketika Negeri Sembilan melalui masalah di jentera serangan meledak lima gol dalam enam perlawanan liga. Ia hampir separuh daripada jumlah gol mereka ketika itu.

Menurut perkongsian salah seorang penulis di Semuanya BOLA, Shaiful Shazwan yang juga seorang jurulatih bertauliah, Negeri Sembilan telah melepaskan tiga gol dalam dua perlawanan berturut-turut dengan situasi yang dilihat hampir sama. Apa yang dilakukan oleh lawan?

Dapat dilihat punca utama ‘The Jangs’ bolos dua kali ketika berdepan Sarawak United dan sekali ketika tewas 0-1 kepada KL City adalah Goulon tidak berada di posisi yang sepatutnya beliau berada ketika itu.

Bagaimana bek kental seperti Goulon berjaya dimanipulasi oleh G lawan?

“Ketiga-tiga gol ini dijaringkan menerusi organisasi yang hampir serupa, iaitu menarik keluar Herold Goulon yang merupakan salah seorang ‘blockers’ penting setiap kali pasukannya mempertahankan sebarang situasi bola mati daripada posisinya.”

“Tindakan ini akan memberikan ruang untuk dieksploitasi oleh pemain lawan yang lain dalam usaha mereka mendapatkan keuntungan menerusi situasi bola mati ini.”

“Maka, bila kita sudah mengenalpasti ‘trend’ permasalahan yang berulang ini, maka barisan kejurulatihan perlu memperbaiki isu ini,sebelum pihak lawan yang lain menggunakan input ini untuk menghukum mereka dalam perlawanan akan datang.”

Shaiful Shazwan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN