Video: Kebijaksanaan Haaland Melepaskan Diri Dari Kawalan Jonny Castro

Tular di media sosial pada ketika ini sebuah video yang menunjukkan bagaimana bijaknya Erling Haaland melepaskan diri dari kawalan Jonny Castro Otto dalam aksi pertemuan antara Manchester City bertemu Wolves malam semalam.

Haaland merupakan antara nadi penting sebalik kejayaan Man City membelasah Wolves 3-0 di Molineux Stadium malam semalam.

Bekas bintang Red Bull Salzburg dan Borussia Dortmund itu meneruskan rentak kecemerlangannya selepas beliau sekali lagi cemerlang mencatat nama sebagai penjaring gol untuk Man City.

Beliau meledak gol menerusi rembatan padu kaki kanannya dan ia merupakan gol ke-11 beliau dalam saingan Premier League musim ini.

Gol tersebut juga sebenarnya merupakan gol ke-14 Haaland untuk Manchester City dari semua pertandingan.

Selepas kejayaan beliau menjaringkan gol pada minit ke-16 permainan, Haaland sebenarnya tak putus-putus menghadirkan ancaman bahaya ke gawang lawan.

Kehebatan Haaland juga sebenarnya mimpi ngeri untuk Jonny yang diberi tanggungjawab untuk mengawal bintang Norway itu dalam perlawanan tersebut.

Jelas sekali ia bukan tugas mudah untuk pemain pertahanan kelahiran Sepanyol itu kerana semua sedia maklum Haaland merupakan antara penyerang terhebat dalam dunia bola sepak hari ini.

Tular sebuah video di media sosial pada ketika ini, yang mana ia menunjukkan bagaimana bijaknya Haaland melepaskan diri dari kawalan Jonny.

Haaland juga bahkan turut dianggap membuli Jonny ketika beliau sedang dalam usahanya untuk bergerak masuk ke kotak penalti lawan.

Haaland sepertinya benar-benar memanfaatkan kekuatan fizikal yang beliau miliki untuk menewaskan pemain pertahanan Wolves itu.

Pemain penyerang muda itu dilihat menolak Jonny yang ketika itu cuba mengawal beliau dari melakukan larian masuk ke kotak penalti.

Satu hal yang pasti, Jonny sememangnya tak mampu menandingi kekuatan fizikal Haaland dan bintang Norway itu juga sangat bijak dalam usahanya untuk melepaskan diri dari kawalan pemain lawan.

Erling Haaland bersama rakan sepasukannya selepas ini akan kembali beraksi dalam saingan Premier League bertemu Manchester United pada 2 Oktober nanti.

Memandangkan Haaland sebelum ini pernah mendedahkan yang beliau paling tidak sabar mahu beraksi bertemu Manchester United, jelas sekali beliau bakal memberikan segalanya pada pertemuan mereka nanti.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN