Erling Haaland Cipta 2 Sejarah Baru Dalam Saingan EPL

Erling Haaland berjaya mengukuhkan kedudukannya sebagai antara pemain penyerang terhebat dalam dunia bola sepak hari ini, selepas kejayaan beliau mencipta dua hat-trick dari dua perlawanan terakhirnya bersama Man City.

Selepas hanya lima perlawanan dalam saingan Premier League bersama Manchester City, Erling Haaland sudah berjaya mencipta dua sejarah baru dalam saingan bola sepak Inggeris.

Bintang kebangsaan Norway itu tidak dinafikan lagi sememangnya antara pemain penyerang terhebat dalam dunia bola sepak hari ini dan kualiti penyudah yang beliau miliki tidak boleh dipertikaikan lagi.

Haaland sudah membuktikan ketajaman beliau sejak bersama RB Salzburg lagi dan beliau meneruskan rentak kecemerlangan yang sama ketika beraksi bersama Borussia Dortmund.

Ketika awal beliau menyertai Manchester City, ramai yang percaya Haaland bakal berdepan masalah untuk menyesuaikan diri dengan tempo serta intensiti dalam saingan Premier League.

Melihat aksi hambar yang beliau persembahkan ketika bertemu Liverpool dalam aksi Community Shield, semakin ramai yang percaya Haaland bakal memerlukan masa yang lebih lama untuk mendapatkan tahap persembahan terbaiknya.

Walau bagaimanapun, bekas bintang Borussia Dortmund itu membuktikan yang kualiti penyudah beliau sememangnya sungguh dasyat dan beliau selayaknya dianggap sebagai pemain penyerang terhebat dalam dunia bola sepak.

Selepas lima perlawanan dalam saingan Premier League, Erling Haaland sebenarnya sudah berjaya mencipta dua sejarah baru dan ia sememangnya satu hal yang sungguh luar biasa menakjubkan.

Pemain pertama menjaringkan sembilan gol daripada lima perlawanan pertamanya dalam saingan Premier League

Erling Haaland berjaya mencipta sejarah menjadi pemain pertama yang menjaringkan sembilan gol dari lima perlawanan pertama beliau dalam saingan Premier League.

Selepas pamer aksi hambar ketika bertemu Liverpool, Haaland berjaya meledak dua gol ketika aksi debutnya dalam saingan Premier League bertemu West Ham United.

Erling Haaland kemudiannya sekadar mampu mencatatkan satu assists sahaja ketika kejayaan Man City membelasah Bournemouth 4-0 di Etihad.

Bintang Norway itu kemudiannya berjaya mencatat nama sebagai penjaring gol ketika aksi beliau Newcastle United.

Masuk perlawanan keempat, Haaland sepertinya sudah semakin selesa dan faham dengan corak permainan di pentas Premier League.

Beliau berjaya mencatatkan hat-trick pertamanya dalam saingan Premier League ketika aksi bertemu Crystal Palace.

Baru empat perlawanan beliau sudah berjaya mencatatkan hat-trick dan lebih menakjubkan lagi, beliau berjaya melakukan hal sama pada minggu berikutnya bertemu Nottingham Forest.

Pemain keenam yang berjaya catatkan hat-trick dua kali berturut-turut

Hanya ada enam pemain sahaja dari saingan Premier League yang berjaya mencatatkan dua hat-trick secara berturut-turut dalam sejarah saingan Premier League.

Sehebat-hebat Mohamed Salah, Cristiano Ronaldo, Eden Hazard, Bruno Fernandes dan Romelu Lukaku, namun mereka sendiri tidak pernah berjaya untuk mencatatkan dua hat-trick secara berturut-turut.

Erling Haaland berjaya melakukan hal tersebut selepas baru lima perlawanan sahaja beliau beraksi dalam saingan Premier League dan ia jelas sekali satu hal yang sangat-sangat membanggakan.

Hanya Les Ferdinand, Ian Wright, Thierry Henry, Didier Drogba, Wayne Rooney dan Harry Kane (2 kali) sahaja yang pernah mencatatkan dua hat-trick secara berturut-turut dalam sejarah saingan Premier League sebelum Haaland.

Tidak akan mengejutkan andai Haaland akan mampu mencatkan hat-trick ketiganya secara berturut-turut pada minggu hadapan, seterusnya menjadikan beliau pemain pertama dalam sejarah yang berjaya melakukan hal tersebut dalam saingan Premier League.

Para peminat sendiri sudah tidak sabar mahu melihat apa lagi yang akan mampu Haaland lakukan, selepas mereka melihat kecemerlangan bintang Norway itu pada ketika ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN