[Video]: Aksi Ramsdale ‘Julang’ Ethan Nwaneri Hadapan Penyokong Dapat Pujian Ramai

Aaron Ramsdale bukan sahaja dikenali menerusi ketangkasan beliau selaku penjaga gol utama Arsenal, namun sikap beliau juga jelas kini menjadi sebutan positif dalam kalangan para penyokong.

Semalam, selepas sahaja perlawanan antara Brentford dan Arsenal bagi aksi English Premier League (EPL), kelibat Ramsdale telah mencuri tumpuan ramai, apabila penjaga gol tersebut menjulang pemain muda, Ethan Nwaneri di hadapan para penyokong.

Aksi beliau ketika itu jelas mendapat pujian ramai para penyokong apabila Ramsdale jelas menjadi individu pertama menolak Nwaneri kepada penyokong seusai sahaja perlawanan untuk diberi tepukan gemuruh.

Nwaneri merupakan pemain paling muda kini mencipta rekod beraksi dalam saingan EPL pada umur 15 tahun dan 181 hari bagi memintas bintang muda Liverpool, Harvey Elliot yang mencipta penampilan pertama ketika berusia 16 tahun dan 30 hari pada musim 2019.

Pemain muda itu melakar sejarah tersebut pada aksi semalam ketika Arsenal menewaskan Brentford menerusi keputusan 3-0 dan Nwaneri dimasukkan selaku pemain gantian pada lewat perlawanan.

Penyokong Arsenal yang hadir pada perlawanan tersebut jelas bergembira selepas aksi tamat apabila pasukan kesayangn mereka kini kembali berada di kedudukan teratas liga dengan berkelebihan satu mata mendahului Manchester City dan Tottenham Hotspurs.

Selepas habis sahaja perlawanan, para pemain Arsenal secara beramai-ramai pergi ke satu sudut stadium yang meletakkan para penyokong mereka untuk mengucapkan terima kasih atas sokongan diberi.

Petikan video tersebut ketika itu menunjukkan para penyokong melaungkan lagu kepada pemain tengah Arsenal, Granit Xhaka kerana kecemerlangan pemain tersebut memberi bantuan gol kepada Gabriel Jesus.

Ketika itu Nwaneri yang masih lagi agak malu-malu dengan suasana tersebut hanya bertepuk tangan di belakang Xhaka serta beberapa pemain senior lain.

Ramsdale yang menyedari hal itu terus bercakap sesuatu kepada bakat muda tersebut sebelum menolak beliau ke hadapan sambil diiringi oleh Gabriel Martinelli untuk turut menerima tepukan penyokong.

Pengalaman sulung yang berakhir dengan kemenangan tersebut pastinya akan terus dikenang oleh Nwaneri sampai bila-bila dan jelas motivasi pemain muda tersebut kini sedang meningkat naik.

Mikel Arteta selaku pengurus Arsenal turut mengulas mengenai Nwaneri dan tindakan berani beliau untuk menyenaraikan pemain muda tersebut.

“Ia adalah suatu perasaan sangat unik. Saya jumpa pemain muda tersebut dan sangat menggemari dengan apa diberikan beliau dalam sesi latihan.

“Per Mertesacker dan staf kejurulatihan lain banyak memberi maklumat bagus mengenai Nwaneri kepada saya sebelum dibuktikan hadapan saya sendiri.

“Saya bertemu dengannya, Nwaneri juga sudah berlatih bersama kami beberapa kali sebelum itu dengan sangat baik.

“Semalam beliau perlu melapor diri bersama kami untuk aksi liga setelah Martin Odegaard mengalami kecederaan, dan pada aksi tersebut saya merasakan masanya telah tiba, dan saya beri dia peluang beraksi,” jelas Arteta menerusi Sport Bible.

Sumber:
Sports Bible

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN