Hatrik Ryan Lambert ketika KL City FC membenam Sarawak United seperti mahu memberi isyarat kepada pengendali skuad kebangsaan, Kim Pan-gon.
Saya juga ada kualiti dan pilihlah saya mewakili skuad Harimau Malaya.
Kembar kepada Declan Lambert itu tiba setahun awal daripadanya untuk bersama KL City, namun Declan yang terlebih dahulu mewakili Malaysia.
Tentunya ia telah sedikit sebanyak memberi kesan terhadap dirinya yang terlebih dahulu bermain di Liga Malaysia waima adik beradik sekalipun.
#12 Declan Lambert – RB/LB
#6 Ryan Lambert – DM/CM@KLCityFootball https://t.co/0ZTsdjiX8x— #MisiMemburuPialaAsia HM 🌍⚽ | 🇲🇾 دنيا بولا سيڤق (@D_BolaSepak) February 25, 2022
Declan tiba pada permulaan musim ini dari FC Den Bosch yang beraksi di divisyen kedua Belanda dan telah tampil beraksi dalam 19 perlawanan Liga Super musim ini. Ryan pula telah membuat 15 penampilan selain tujuh kali pada musim lalu. Kedua-duanya merupakan kacukan Malaysia-Australia.
Declan telah mendapat kaps pertama Malaysia ketika Malaysia menentang Thailand dalam 48th King’s Cup 2022 apabila masuk ketika perlawanan berbaki 11 minit. Malah, beliau turut menyempurnakan sepakan penalti yang membawa Malaysia ke final kejohanan jemputan anjuran FA Thailand.
Walaupun tidak turun beraksi di pentas final berdepan Tajikistan, Declan nampaknya sudah mendapat tempatnya dalam skuad Harimau Malaya.
Berbanding Ryan yang hanya berada dalam senarai simpanan sahaja.
Quote this tweet with your favourite goal from last night’s match! #KLCityFC #KLPride #SampaiMatiKualaLumpur pic.twitter.com/mUlMV37VFq
— Kuala Lumpur City Football Club (@KLCityFootball) September 29, 2022
Jadi, apa kata Ryan selepas melakar hatrik pertama dalam kariernya?
“Saya gembira berjaya jaringkan hatrik ini kerana saya bukanlah seorang penjaring gol, jadi saya harap akan terus jaringkan lebih banyak gol selepas ini.”
“Tidak dinafikan saya memang rasa kecewa tidak dipanggil mewakili Malaysia kerana saya diberitahu bahawa saya mempunyai peluang untuk dipilih.”
“Tetapi benda pun sudah berlalu dan kita lihat sahaja pada masa depan macam mana.”
Portal HarimauMalaya
Jelas, beliau memang sedikit terkesan dengan ketiadaan namanya bersama Harimau Malaya ke Chiang Mai tempohari. Begitupun, beliau akan berusaha untuk mendapat tempat sebagaimana kembarnya, Declan ketika ini.
Namun, cukupkah dengan jaringan tersebut untuk melayakkannya?
💬 "I still can't believe it!"
Reaksi pemain tengah @KLCityFootball, Ryan Lambert selepas menjaringkan hatrik malam ini.#LigaSuper2022 pic.twitter.com/sIWvI0eMpe
— Malaysian Football League (@MFL_MY) September 28, 2022
Ryan Lambert merupakan pemain yang beraksi di posisi tengah buat KL City. Meraih 1056 daripada 1350 minit permainan maksimum, Ryan juga adalah antara tonggak penting buat ‘The City Boys’ pada musim ini.
Dalam saingan Liga Super yang menghampiri ke penghujungnya, mereka berada di tangga ke-5. Berbaki satu perlawanan, itu adalah posisi tertinggi yang mereka boleh capai selain bakal dipintas oleh beberapa pasukan yang masih kekurangan beberapa perlawanan berbanding mereka ketika ini.
Namun, pencapaian terbaik mereka tentunya dalam saingan Piala AFC apabila sudah melangkah ke final Inter-zon yang akan menemukan mereka dengan Sogdiana Jizzakh. Jika menang, mereka akan ke final Piala AFC dan bertemu pemenang antara Al-Seeb (Oman) atau Al-Riffa (Bahrain).
Beliau juga sudah tampil beraksi tiga kali di pentas Piala AFC setakat ini.
🗣 “Let’s go to Uzbekistan!”
🇲🇾 KL City boys are ready to take on PFC Sogdiana after coming out victorious in Kolkata! #AFCCup2022 pic.twitter.com/CO6f5j7mq0
— #AFCCup (@AFCCup) September 7, 2022
Apa keistimewaan Ryan Lambert yang boleh digunakan oleh Kim Pan-gon?
Menurut penulis Semuanya BOLA, Shaiful Shazwan yang juga seorang jurulatih bertauliah, Ryan adalah pemain yang memiliki Spatial Awareness yang sangat baik. Apa yang dimaksudkan dengan Spatial Awareness?
Ia bermaksud yang beliau seorang pemain yang pandai cari dan cipta ruang buat dirinya dalam permainan. Antara yang menarik dalam permainannya juga adalah beliau memiliki off ball movement dan positioning yang baik ketika pasukan dalam gerakan menyerang. Boleh rujuk video di bawah.
Spatial Awareness ini boleh kita katakan beliau mampu mencipta peta gerakan untuk membolehkan dirinya terlepas daripada kawalan lawan.
Keistimewaannya adalah ia membantu pemain yang tidak cukup hebat untuk menewaskan pemain lawan yang mungkin lebih kuat dan pantas.
Ketika pasukan dalam gerakan menyerang, beliau dilihat akan menyediakan sokongan terhadap rakan sepasukan. Ia dapat dilihat dalam rajah di bawah, di mana Ryan sentiasa bersedia di luar kotak untuk menerima apa sahaja bentuk lantunan semula atau bola muntah untuk membuat cubaan kedua ke gawang lawan. Ini memberi peluang kedua untuk KL City meledak gol.
Begitupun, untuk bersaing di jentera tengah skuad kebangsaan, amatlah sengit. Terdapat nama-nama besar yang berada dalam senarai Kim Pan-gon. Syamer Kutty Abba, Brendan Gan, Nazmi Faiz adalah antaranya.
Berbanding Declan yang boleh beraksi di koridor kiri atau kanan, bertahan atau menyerang, ia memberikan kelebihan buat dirinya untuk dipilih oleh Kim. Ia adalah posisi yang ada pencabarnya, namun tidaklah sebanyak seperti di posisi tengah. Oleh itu, peluang Declan lebih besar berbanding Ryan untuk menyarung jersi Harimau Malaya. Bagaimana peluangnya?
Sukar untuk dijangka. Ia bergantung kepada bagaimana perancangan taktikal pengendali skuad kebangsaan. Namun, Ryan Lambert memiliki keunikkannya dan beliau juga membuktikan yang beliau boleh meledak gol jarak jauh jika memiliki ruang dan peluang – yang dirangka olehnya sendiri.