Analisis: Bojan Hodak Sudah Temui ‘Back Four’ Terbaiknya Selepas 3 Aksi?

Bojan Hodak 'back four' KL City 2022

Adakah Bojan Hodak sudah mendapat gandingan ‘back four’ terbaiknya selepas melalui tiga perlawanan liga? Ini juga mungkin salah satu faktornya selain prestasi Kevin Mendoza yang kembali di landasan yang terbaik.

Kevin Mendoza sudah melakar dua cleansheet dalam dua aksi terakhir. Ini pastinya akan melonjak moralnya untuk aksi seterusnya berdepan Negeri Sembilan FC. Musim lalu, beliau merekodkan tujuh cleansheet dalam 22 penampilannya – di belakang Farizal Marlias (11 cleansheet), Suhaimi Husin dan Kalamullah Al-Hafiz (8).

Sebelum bermula musim, KL City dikejutkan dengan kehilangan bek kiri, Daniel Ting. Ini yang menimbulkan masalah buat Bojan Hodak untuk mendapatkan segera pengganti setara dengan sumbangan Daniel Ting.

‘Misteri Kehilangan Daniel Ting’ – Masalah Peribadi Atau Diintai Pasukan Lain?

Declan Lambert pengganti setara?

Pemain kacukan Malaysia-Australia, Declan Lambert telah dibawa menyertai The City Boys pada musim ini. Boleh beraksi di semua posisi di benteng, beliau sebenarnya merupakan bek kanan, tetapi akhirnya terpaksa dipertaruhkan sebagai bek kiri selepas ketiadaan Daniel Ting. Ini bukan tugasan yang mudah buat dirinya.

Tampak jelas Bojan Hodak dan KL City ‘menderita’ tanpa Daniel Ting yang secara tiba-tiba mengambil keputusan untuk tinggalkan mereka di saat dua minggu sebelum tirai Liga Malaysia (Liga M) disingkap.

Daniel Ting beraksi dalam semua perlawanan Liga Super buat The City Boys musim lalu, malah tidak salah untuk kita katakan, beliau merupakan bek kiri tempatan yang paling menyerlah dalam saingan musim lalu.

Piala Sumbangsih: 2 Gol Berpunca Daripada Declan Lambert, Apa Komen Bojan Hodak?

‘Debut’ yang pasti dikenangnya apabila mereka tumbang 0-2 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi Sumbangsih dan beliau menjadi punca kepada dua gol lawan. Beliau hanya menjadi ‘pemerhati’ di padang.

“Ini adalah penampilan pertamanya dan dia tidak bermain selama enam bulan sebelum tiba di sini. Jadi, dia kekurangan ‘match fitness’. Anda dapat lihat dia pemain yang bagus, tetapi ketika ini dia perlukan masa.

“Malah dia lebih gemar bermain di sebelah kanan, tetapi kita kehilangan Daniel Ting dan dia terpaksa bermain di sebelah kiri. Jadi, mungkin ini antara faktornya. Saya akan beri ‘diskaun’ apabila menilainya.”

Bojan Hodak

Bolos 9 gol dalam 3 perlawanan

Selepas perlawanan itu, KL City turun untuk aksi pertama Liga Super menentang musuh setempat dalam Derbi Lembah Klang, bertemu Selangor. Aksi yang sukar disebabkan ia merupakan derbi selain reputasi Selangor itu sendiri waima ia sudah lama berlalu. Kedua-dua pasukan terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 3-3.

Aksi selepas itu juga sukar. Berdepan Kedah Darul Aman di Stadium Darul Aman dan mereka tumpas 2-3. Kemudian mereka dihenyak JDT sekali lagi untuk aksi liga pula dengan keputusan 0-3. Dibolosi sembilan gol tetapi masih mampu meledak lima gol, jelas ada masalah organisasi di barisan benteng The City Boys saat itu.

Adakah Declan Lambert beraksi dalam ketiga-tiga aksi itu? Tak sepenuhnya. Selepas aksi Sumbangsih, Declan Lambert mungkin diberikan ruang memburu tahap kecergasannya. Bojan Hodak menguji beberapa gandingan.

vs Selangor: Kamal Azizi – Kenny Pallraj – Giancarlo – Irfan Zakaria

vs Kedah: Kamal Azizi – Muhammad Faudzi (Kenny Pallraj) – Irfan Zakaria – Declan Lambert (Nabil Hakim)

vs JDT: Kamal Azizi – Giancarlo – Irfan Zakaria – Declan Lambert (Nabil Hakim)

Sedikit malang buat mereka, apabila jadual agak kejam bermula dengan Sumbangsih hingga aksi ketiga liga.

Dua aksi tanpa bolos petanda baik

Melaka United adalah peluang terbaik untuk kebangkitan mereka disebabkan lawan secara mentalnya amat tidak bersedia dek kerana masalah dalam pasukan. Mereka berhasil untuk mencipta kemenangan dan paling indah disertakan dengan cleansheet walaupun skuad Hang Tuah mengawal 63 peratus perlawanan tersebut.

Mungkin cleansheet yang diraih boleh kita katakan biasa sahaja kerana hanya dua percubaan tepat direkodkan Melaka United. Namun, benteng mereka berjaya melakukan tugas bertahan dengan baik disebalik penguasaan lawan – 36 interceptions dan 14 clearance. Namun, Sabah FC berjaya menampakkan kualiti Kevin Mendoza.

“Sabah pasukan yang kuat tapi pemain kami beraksi dengan baik. Malam ini pemain ada beberapa peluang dan lawan juga ada peluang. Tapi, Kevin [Mendoza] banyak menyelamatkan pasukan dan sebab itu kita menandatanganinya. Secara keseluruhan kita banyak peluang dan kita layak untuk menang.”

Bojan Hodak

Penjaga gol Filipina itu telah membuat beberapa aksi menyelamat penting buat The City Boys antara ‘double saves’ pada minit ke-68 untuk menafikan jaringan penyamaan oleh Sabah. Prestasinya menyelamatkan KL City.

Negeri Sembilan ujian terbaik mereka?

Negeri Sembilan masih tidak gagal meledak gol dalam empat aksi dilalui. Ia membuktikan jentera serangan mereka yang diterajui Zaquan Adha dan Matheus Alves efektif. Kemenangan 3-1 ke atas pasukan yang ampuh dari segi bertahan – PJ City, pastinya memberi impak kepada skuad Jang dan ujian terbaik buat KL City.

Bojan Hodak sudah pasti akan meletakkan gandingan ‘back four’ yang sama iaitu Kamal Azizi, Giancarlo, Irfan Zakaria dan Declan Lambert. Dua perlawanan tanpa bolos tentu mampu meyakinkan pengendali tersebut kini.

Declan Lambert mungkin sudah biasakan diri bermain sebagai bek kiri buat KL City. Gandingan Giancarlo dan Irfan Zakaria sudah mula mempamerkan keampuhan, malah Irfan Zakaria telah dipilih sebagai pemain terbaik minggu ke-5 Liga Super. Kamal Azizi dan Kevin Mendoza pula memang pemain ‘kegemaran’ Bojan Hodak.

Inikah ‘wajah’ ‘back four’ Bojan Hodak berdepan aksi-aksi liga selepas ini? Adakah penyokong bersetuju?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN