Selepas tamat Euro B-21, Barcelona kini dalam perancangan untuk membuka pintu kepada Gerard Deulofeu untuk kembali ke Camp Nou.
Klausa beli balik (buy-back clause) tersebut dikatakan sekitar £10.6 juta. Pada asalnya, Deulofeu menyertai Everton secara pinjaman dengan bayaran £4.3 juta diterima oleh Barcelona dari Everton.
Pada musim berikutnya, pemain tersebut dijual secara tetap ke Everton. Pada musim lalu, Deulofeu bermain 13 perlawanan untuk Everton. Pada Januari, beliau menyertai AC Milan secara pinjaman.
Barcelona pada awalnya tidak memasukkan sebarang klausa beli balik. Namun kontrak tersebut dirombak balik dan pihak Everton dan Deulofeu setuju dengan terma tersebut.
Setakat ini Deulofeu telah bermain 36 perlawanan untuk Everton dan 39 kali duduk di bangku simpanan. Kontrak semasa beliau akan tamat pada Jun 2019.
Pada April lalu, Pengarah Sukan Barcelona, Robert Fernandez mendedahkan mereka mahu membeli balik Deulofeu yang ketika itu sudah mendapat 3 kaps untuk Sepanyol.
Hal ini lebih dikuatkan lagi dengan aksi cemerlang Deulofeu mengetuai barisan muda Sepanyol dalam Euro B-21. Dalam mengaktifkan klausa beli balik beberapa pasukan gemar menggunakan method.
Ia akan teraktif secara automatik apabila pemain:
– Melakukan debut dengan pasukan senior di bawah perlawanan FIFA
– Menjaringkan 10 gol dalam liga utama
– Bermain dalam 60% aksi daripada satu musim liga
(Nota editor: Ini antara contoh, bukan semua pasukan menggunakan butiran yang sama)
Barcelona membuat kenyataan rasmi teersebut beberapa jam sebelum Everton menandatangani penyerang Nigeria, Henry Onyekuru dengan nilai £7 juta dan dihantar secara pinjaman ke Anderlecht.
Analisis Phil McNulty dari BBC
Penulis senior BBC ini meramalkan yang Everton tiada masalah untuk menjual balik pemain tersebut ke Barcelona. Ini kerana Deulofeu buat masa ini tidak ada tanda-tanda berada dalam perancangan Ronald Koeman.
Deulofeu gagal memikat Koeman. Selain itu, pemain ini ada isu konsistensi. Ketika beraksi di AC Milan, beliau menunjukkan yang beliau bukan pemain yang konsisten di dalam liga.
Liga adalah berbeza dengan kejohanan seperti temasya Euro B-21 yang hanya ada beberapa perlawanan.
Namun, pengurus baru Barcelona, Ernesto Valverde yakin akan dapat meningkatkan prestasi Deulofeu yang dianggap mereka masih ‘raw material’.
Deulofeu sebelum ini menyatakan yang beliau akan mempertimbangkan sebaik-baiknya tentang hal tersebut kerana beliau mahukan jaminan lebih minit perlawanan.
Dalam skuad Barcelona yang ada sekarang, tidak nampak yang Deulofeu akan mendapat lebih banyak minit di dalam pasukan.
Berbalik kepada isu klausa beli balik. Ramai penyokong bola sepak teruja mendengar klausa ini. Akhirnya, keputusan adalah di tangan pemain.
Klausa ini hanya menetapkan harga yang akan dibayar oleh kelab yang terlibat sekiranya mereka diberikan lampu hijau untuk mendapatkan pemain tersebut.
Akhirnya, pemain yang akan lebih berkuasa menentukan ke mana mereka ingin pergi. Dalam kes Toby Alderweireld yang tidak mahu kembali ke Ajax. Beliau memilih untuk menyertai Tottenham Hotspurs.
Jadi, dalam kes ini, Spurs telah membayar klausa pembatalan untuk klausa beli balik ini.