Ini Cara Chelsea Menjana £123 Juta Daripada Penjualan Pemain Pada 2017

Satu angka yang sangat besar masuk ke dalam akaun Chelsea. Ya! Setakat ini mereka sudah mendapat £123 juta daripada penjualan pemain pada tahun 2017.

Chelsea bermula dengan menjual Oscar ke Shanghai SIPG dengan nilai £52 juta. Menjadikan ini perpindahan terbesar dalam sejarah bola sepak China setakat ini.

Beberapa hari kemudian mereka menjual balik Patrick Bamford ke kelab asal beliau Middlesbrough dengan nilai £6 juta.

Juan Cuadrado kekal berada secara pinjaman di Juventus. Selepas satu perjanjian pinjaman yang sangat kompleks. Chelsea mendapat £17.2 juta daripada Cuadrado.

Seterusnya mereka melepaskan Begovic ke Bournemouth dengan nilai penjualan £10 juta. Dari Bounermouth sahaja mereka sudah mendapat £30 juta.

Ini selepas baru-baru ini, Nathan Ake juga sah menyertai Bounermouth dengan nilai £30 juta.

Pada jendela perpindahan pra musim 2017/18 yang sedang berlangsung sekarang, Chelsea memulakan aktiviti menjual Christian Atsu ke Newcastle United dengan nilai £6 juta. Ini selepas tempoh pinjaman pemain tersebut berakhir.

Tidak lama selepas itu, peminat Chelsea sedikit kecewa dengan penjualan Bertrand Traore yang cemerlang bersama Ajax musim lalu. Traore dijual ke Lyon dengan nilai £8.8 juta dengan menyelitkan klausa beli balik.

Liverpool kemudian mengesahkan pembelian sekitar £39 juta untuk Mohamed Salah. Chelsea mendapat 10% daripada keuntungan penjualan ini. Dan nilai tersebut dikatakan £2.7 juta dibayar oleh Roma kepada Chelsea.

Masih dalam potensi ‘duit masuk’

Dominic Solanke yang sebelum ini disahkan menyertai Liverpool secara percuma, sebaliknya kini kes itu dibawa ke tribunal. Ia mengingatkan kita kepada kes Danny Ings sebelum ini.

Chelsea meminta pampasan pembangunan £10 juta daripada Liverpool. Kes ini masih tergantung dan akan ditentukan dalam masa terdekat.

Tidak lupa juga, mereka juga meletakkan Costa dan Matic dalam senarai untuk dijual. Dan dijangka akan mendapat kira-kira £80 juta daripada penjualan ini.

Selepas selesai semua urusan jual beli. Barulah Chelsea kelihatan memulakan aktiviti membeli. Mereka dilaporkan akan menjadikan Bakayoko sebagai pemain pertama dibeli mereka dalam perpindahan kali ini.

Seterusnya, Chelsea akan cuba membawa masuk Alex Sandro serta Romelu Lukaku.

Apa yang pasti, pasukan Chelsea memiliki produk yang dikehendaki di pasaran perpindahan kerana kualiti pemain-pemain mereka.

Jadi, dalam melakukan bisnes bola sepak, anda perlu melabur dengan kos yang tinggi dalam pembangunan pemain untuk mendapatkan hasil yang tinggi.

Bisnes!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN