Analisis: 5 Sebab Kenapa Liridon Krasniqi Masih Pemain Penting Kedah

Liridon Krasniqi menjadi antara pemain berpengaruh di dalam Liga Malaysia. Pada pra musim ini, peminat Kedah ada yang berdebar menantikan sama ada Liridon akan kekal atau tidak.

Ini selepas ada kelab Perancis dikatakan mahu mendapatkan beliau. Namun selepas itu Liridon mengesahkan yang beliau akan kekal. Berikut adalah 5 sebab kenapa beliau masih pemain penting Kedah.

1. Transisi Marcote

Ramon Marcote memerlukan pemain ‘marquee’ di dalam pasukan beliau dan Liridon menepati kriteria itu untuk Liga Malaysia.

Marcote mengendalikan sesi latihan pasukan Kedah. (Gambar: KFA)

Beliau pemain yang selesa dengan pendekatan bola rendah dan juga permainan bola sepak yang berasaskan penguasaan bola.

Marcote pastinya sudah boleh menarik nafas lega untuk memiliki pemain seperti beliau di atas padang. Dalam erti kata lain, Liridon adalah penting untuk membantu Marcote dalam membiba DNA bola sepak cara beliau.

2. Keupayaan teknikal

Tidak ramai pemain tengah yang jenis box-to-box ada kualiti seperti Liridon. Beliau boleh menggelecek, memiliki skil yang baik, mengawal tempo permainan dan mengekalkan bola di kaki dengan baik.

Liridon juga gemarkan permainan yang bervisi tinggi di dalam padang membuatkan pemain ini sangat menarik untuk disaksikan terutama sekali ketika dalam prestasi terbaik.

Selain itu, beliau juga boleh menjaringkan gol daripada pelbagai disiplin serta mampu mencipta gol. Dalam erti kata lain beliau adalah tipikal ‘all-rounder midfielder’.

3. Mentaliti pemenang

Liridon Krasniqi seorang pemenang di dalam padang. Beliau boleh beraksi di dalam tekanan. Ini yang menjadikan Liridon Krasniqi sebagai pemain istimewa.

Pemain istimewa pastinya boleh melakukan magis secara individu jika diperlukan, dalam keadaan pasukan tidak berada dalam tahap terbaik. Liridon memiliki semua elemen itu.

Dengan adanya Liridon, beliau membuatkan pemain lain dan penyokong sentiasa percaya yang pasukan mereka cukup kompetitif di dalam padang.

4. Improvisasi pemain lain serta pasukan

Jika Liridon dalam prestasi terbaik, beliau akan memperbaiki kualiti pemain di sekitar beliau.

Ini kerana beliau menawarkan hantaran yang mudah dikawal dan cuba membantu pemain di sekitar beliau bermain dalam keadaan lebih yakin. Beliau juga boleh memperbaiki jaringan (link) yang rosak.

Anda boleh rujuk kembali analisis kami dalam: Analisis Taktikal MSL 2017: Peranan Liridon Mengubah Struktur Pasukan Kedah

5. Nilai

Pemain ini memiliki nilai yang agak tinggi dalam bola sepak Malaysia. Dari sudut publisiti, Liridon ada nilai komersil yang penting kepada pasukan Kedah.

Apa sahaja tentang Liridon pastinya menjadi perhatian. Jika di arena lebih tinggi, kita ada nama seperti TMJ yang sentiasa menjadi bualan, di peringkat pemain pula, Liridon apa kurangnya.

Begitu juga dengan nilai pasaran, jika KFA cakna dalam menguruskan isu ini, tak mustahil Liridon dapat dijual kepada kelab luar. Namun kenalah ada kertas kontrak yang baik dari setiap aspek.

Beliau juga merupakan pemain kesayangan peminat Kedah.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN