Selepas Fenomena Jersi ‘Iron Man’ Kelantan, Lotto Gegar Lagi Dengan Jersi Selangor

Rata-rata penyokong Selangor berpuas hati dengan rekaan jersi mereka musim ini yang di bawah Lotto.

Kelmarin, netizen telah hangat memperkatakan rekaan jersi pasukan Kelantan yang berjaya menarik perhatian.

Belum pun reda keghairahan penyokong Kelantan, hari ini pula kelab legenda Selangor tampil dengan pengenalan jersi yang tidak kurang hebatnya di bawah keluaran Lotto.

Kami sempat menemui wakil pengedar Lotto, Prestige Sports, dan mereka mengakui sambutan kali ini luar biasa.

Di Kelantan sahaja orang berpusu-pusu ketika majlis perlancaran yang berlangsung dengan meriah.

Di kedai Prestige Sports di Damansara, jersi dijual habis pada hari pertama. Ramai juga agak hampa kerana gagal mendapatkan jersi The Red Warriors kerana habis saiz yang mereka kehendaki kerana stok masih terhad pada hari pertama.

Namun ianya masalah sementara kerana selepas ini Lotto akan mengeluarkan lebih banyak jersi termasuk isu penyokong.

Sebentar tadi bertempat di Plaza Alam Sentral, majlis pengenalan jersi Selangor mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.

Peminat Selangor cuba menggunakan kesempatan bercuti hari ini untuk membeli jersi pasukan kesayangan mereka.

Kepada anda yang mahu memiliki jersi pasukan Kelantan dan Selangor, anda boleh hubungi wakil penjual Prestige Sports.

Anda boleh berkunjung ke kedai mereka di alamat:

B-3-29, Block Bougainvillea, 10 Boulevard
47400 Petaling Jaya, Malaysia

Atau anda kunjungi laman facebook mereka PRESTIGE SPORTS, di sana ada segala maklumat yang anda perlukan termasuk nombor telefon untuk dihubungi.

Harga sehelai jersi Kelantan dan Selangor adalah RM139.00. Rata-rata peminat Kelantan dan Selangor berpuas hati dengan kualiti dan harga itu.

Seorang peminat setia pasukan Selangor, Sharell Eizwan memberitahu beliau berpuas hati dengan kualiti jersi kali ini.

Beliau memilih jersi ‘PSG’ kali ini kerana ia terlalu sukar untuk dikatakan tidak. Beliau berkata kepada semuanyaBOLA:

“Jersi baru ni merah home, biru away, kuning alternate, memang menimbulkan nafsu bila memandang.”

“Perasaan kali pertama menyentuh jersi ni sungguh luar biasa. Semacam ada satu renjatan elektrik yang terus menyerap semangat gergasi ke dalam badan si pemakai.”

“Dan bila disarung, segala gambaran memori kegemilangan merah kuning tergambar di ruang mata, seterusnya mencipta semangat yang tidak mengenal putus asa walaupun dipijak, dihenyak, dan ditendang seperti bola. Red Giant tetap utuh.

Isu penyokong akan diedarkan selepas ini. Ianya berharga RM69.00. Apapun, tahniah Lotto di atas kejayaan anda menggembirakan peminat.

Kredit Featured Image: Selangor FC

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN