Anak Didier Drogba Kembangkan Bakat Untuk Sertai Kelab Perancis, Guingamp

Anak kepada legenda Ivory Coast, Didier Drogba iaitu Isaac Drogba menyertai salah satu kelab liga Perancis yang pernah diwakili oleh bapanya.

Beliau telah menyertai kelab Guingamp di mana bapanya pernah menyarung jersi kelab itu pada musim 2002-03.

Isaac ke kelab tersebut setelah meninggalkan skuad akademi Chelsea.

Kebanggaan

Sang bapa, Didier telah memuat naik gambar anaknya itu di laman Instagram dengan kapsyen beliau yang berbunyi, ‘saya amat berbangga dengan anda Isaac.’

Rakan sepasukan beliau di Chelsea, Frank Lampard tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan tahniah kepada dua beranak itu.

Tidak ketinggalan juga, kapten legenda Blues, John Terry turut mengucapkan tahniah kepada mereka.

Beraksi untuk England?

Drogba ketika beraksi buat Guingamp lebih sedekad yang lalu. Sumber: The Sun.

Pada tahun 2015, Didier Drogba pernah menyuarakan hasrat untuk melihat anaknya beraksi di peringkat antarabangsa.

Drogba Jr. memilih untuk mewakili England walaupun beliau sebenarnya layak menjadi pemain Ivory Coast atau Perancis.

Meskipun si bapa menjadi antara penjaring terbanyak gol antarabangsa untuk Ivory Coast.

Apa pun, kami ucapkan tahniah kepada salah satu kelompok pemain generasi baru. Seolah-olah kami baru sahaja lihat bapa anda beraksi hebat di Chelsea.

Cepat sungguh masa berlalu, bukan!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN