Cameron Toshack Mewarisi Kebolehan Bapanya, Kini Berada Dalam Barisan Kejurulatihan Skuad B-23 Swansea City

Kita mengetahui beberapa pengurus terkenal mempunyai anak yang menuruti jejak langkah mereka. Antaranya Sir Alex Ferguson (Darren Ferguson), Kenny Dalglish (Paul Dalglish) dan Brian Clough (Nigel Clough).

Selepas ini akan muncul pula anak kepada pengurus yang pernah membimbing Real Madrid dan skuad kebangsaan Wales, John Toshack dalam barisan kejurulatihan skuad B-23 Swansea City.

Swansea City

Cameron Toshack. Sumber; The Sun.

Beliau yang dimaksudkan ialah Cameron Toshack, berumur 47 tahun. Di Swansea, beliau mengendalikan skuad belia sejak Oktober 2013.

Namun, rombakan dibuat Swansea menyaksikan beliau menguruskan pula skuad bawah-23 tahun.

Karier permainannya tidaklah begitu baik. Cameron pernah menjadi pemain Swansea, serta musuh tradisi, Cardiff.

Cameron dilantik menjadi jurulatih pasukan utama Swansea setelah pemecatan Paul Clement hujung tahun lalu. Leon Britton dipilih menjadi pemangku pengurus sebelum kelab itu melantik Carlos Carvalhal.

Tetapi, memang kadangkala ia dibayangi oleh ayahnya, John. John pernah menjadi pengurus Swansea pada penghujung 1970-an sehingga awal 1980-an.

Hampir jadi pengurus

Nama Cameron Toshack melonjak baru-baru ini. Ia disebabkan sebuah kelab EFL Championship, Barnsley telah menyenarai pendek anak kepada bekas jurulatih Wales ini.

Jawatan pengurus Barnsley kosong berikutan pengurus mereka sebelum ini telah berhijrah ke Leeds United.

Faktor beliau dipertimbangkan Barnsley ialah kerana berjaya membawa pasukan belia Swansea menjuarai dua kali Piala Belia FA Wales. Selain itu, Cameron juga menjadi juara bagi liga pasukan simpanan pada musim ini.

Namun begitu, Barnsley telah memilih jurulatih berbangsa Portugis, Jose Morais.

Nama baru

Andainya suatu hari nanti Cameron akan menjadi pengurus sepenuh masa, ia tetap akan dibayangi kegemilangan bapanya, John.

Sama ada di Swansea atau di Real Madrid. Namun apa pun, sudah pasti ia memberikan sedikit tekanan dan kesan buat Cameron.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN