Bagaimana Wigan Athletic Menumbangkan Manchester City Dalam Final Piala FA 2013?

Ia seumpama satu kejutan besar dalam sejarah Piala FA England apabila Wigan Athletic telah menewaskan Manchester City dalam perlawanan akhir Piala FA 2013.

Gol tunggal Ben Watson pada masa kecederaan menafikan Cityzens untuk merangkul trofi terbaru untuk abad ke-21.

Nota penulis: Penulis sendiri menonton perlawanan tersebut dan memang sudah merasakan Manchester City akan tewas. Permainan Wigan Athletic mempunyai hantaran yang kemas. Serangan demi serangan dilancarkan Latics berhasil meskipun gol Ben Watson melalui set-piece. Malah, tempo Latics agak berlainan sangat daripada tempo perlawanan liga di bawah kendalian Roberto Martinez.

Jumpa pakar psikologi

Beberapa hari sebelum perlawanan akhir, pemain Wigan diminta bertemu pakar psikologi. Mereka diminta untuk mencoretkan nota setiap seorang mengenai apakah yang mereka fikirkan semasa berjalan dalam satu pasukan ketika keluar dari terowong pemain.

Kemudiannya pemain itu diminta meninggalkan nota kepada pakar tersebut. Keesokan harinya, nota itu diserahkan secara rambang.

Kata-kata motivasi itu memberikan semangat meskipun mereka tidak tahu siapakah yang menulis nota itu. Memang disengajakan agar tidak ada nama ditulis pada nota tersebut.

Cuba anda bayangkan

Pengurus Latics pada ketika itu, Roberto Martinez.

Salah satu ayat keramat diungkapkan Roberto Martinez pada hari bersejarah itu ialah;

‘Cuba anda bayangkan kita semua memenangi Piala FA ini seperti anda idamkan sewaktu dari kecil,’

Itu diceritakan oleh Emmerson Boyce, salah satu pemain Latics yang beraksi pada perlawanan tersebut.

Selain itu, Roberto sendiri memberitahu bahawa peluang memenangi Piala FA ini sekali sahaja. Dan mereka akan dikenang sampai bila-bila oleh Wigan Athletic.

Malah, perlawanan ini juga ditonton oleh ahli keluarga pemain serta sahabat handai. Termasuk Ali Al-Habsi, penjaga gol Oman yang mempunyai rakan sanggup ke London untuk menyaksikan perlawanan itu.

Gelagat rakan Ali Al-Habsi dirakamkan dalam dokumentari Muslim Premier League yang pernah disiarkan BBC tidak lama dahulu.

Ben Watson, hero Wigan

Menurut jurulatih kecergasan Latics, Ben Watson melompat menggunakan kaki yang beliau cedera sangat lama.

Ben Watson cedera pada perlawanan menentang Liverpool pada November 2012. Sumber: Manchester Evening News.

Malah, beliau sendiri tidak dapat berjalan sejak mengalami kecederaan itu pada November 2012 lagi.

Penjaga gol simpanan Wigan, Mike Politt mengatakan kepada Ben bahawa Ben mampu menjadi hero untuk kelab itu. Telahan Mike benar apabila beliau menjaringkan gol tunggal perlawanan itu.

Tidak ramai tahu betapa menderitanya Ben sewaktu disisihkan dek kecederaan itu.

Penutup

Kisah-kisah seperti ini boleh menjadi inspirasi kepada sesiapa sahaja yang sering dipandang rendah.

Ya, Wigan kelab pertama tersingkir divisyen setelah memenangi Piala FA. Namun, ia tetap diingati kerana rekod unik.

Dua perlawanan terakhir Piala FA antara Manchester City menentang Wigan Athletic menyaksikan Latics memenanginya. Salah satunya perlawanan akhir ini.

Ia sudah menjadi tiga tatkala Wigan sekali lagi memalukan Manchester City. Gol tunggal Will Grigg untuk Latics pada minit ke-79 cukup memastikan Cityzens tewas.

Latics bakal bertemu Southampton di laman sendiri pada perlawanan suku akhir.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN