Pertama Kali Bertemu Barcelona Ketika Bersama Chelsea, Cesc Fabregas Optimis Peluang The Blues

Chelsea

Pertembungan menarik Chelsea bertemu Barcelona di Stamford Bridge pagi esok bukan sahaja mencuri tumpuan peminat bola sepak dunia, malahan ianya mempunyai nilai tersendiri dalam kalangan pemain.

Pemain seperti Cesc Fabregas dan Pedro sudah tentu akan merasai satu perasaan yang cukup mendalam buat diri mereka apabila kedua-dua pemain tersebut pernah mengecapi kejayaan manis bersama kelab Catalan itu.

Bagi Fabregas, beliau tidak sabar untuk berentap dengan sahabat baiknya yang merupakan legenda hidup bola sepak dunia, Lionel Messi pada perlawanan pertama pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara Eropah itu.

Perlawanan ini adalah yang pertama kali bakal dirasai oleh Fabregas dalam Liga Juara-Juara Eropah ketika bersama Chelsea, namun beliau pernah tiga kali merasai pengalaman beraksi bertemu Barcelona ketika mewakili Arsenal.

Menurut pemain tengah Chelsea itu, Lionel Messi sudah pasti akan menjadi pemain terbaik di Liga Perdana Inggeris sekiranya memilih untuk berhijrah ke England pada usia sekarang.

Mereka berdua kini berusia 30 tahun dan bersahabat baik sejak berusia 12 tahun ketika berada dalam skuad Akademi La Masia.

”Tidak syak lagi, dia mampu untuk menjadi pemain terbaik (sekiranya beraksi di England).”

Beliau juga turut mendedahkan bagaimana pemain Chelsea mengetahui mengenai cabutan undi bertemu kelab Catalan tersebut.

”Ketika itu kami sedang berlatih, saya rasa Thibaut (Courtois) mendapat tahu mengenainya daripada kitman atau jurulatih penjaga gol, dan kemudiannya dia menjerit bahawa kami akan menentang Barcelona.”

”Kemudiannya kami hanya sibuk untuk meneruskan sesi latihan. Begitulah cara kami mendapatkan berita mengenai perlawanan ini. Satu perlawanan yang pasti menarik.”

Mengulas mengenai lawan yang  bakal ditemui itu, Fabregas tidak menolak kenyataan bahawa Barcelona antara salah sebuah kelab terbaik di dunia, namun beliau optimis dengan peluang buat Chelsea.

”Mereka adalah antara kelab terbaik di dunia tetapi kami adalah juara bertahan Liga Perdana Inggeris, kami juga patut dihormati.”

”Kami berhak untuk mencuba dan beraksi baik pada dua perlawanan bertemu mereka. Ia pernah berlaku sebelum ini. Dalam bola sepak jangan sesekali anda mengatakan tidak.”

”Apa-apa sahaja boleh berlaku dan kami perlu mengambil peluang ini. Kami perlu mencipta dan mengambilnya. Ianya akan menjadi sangat penting buat kami.”

 

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN