Pemain muda berumur 10 tahun ke bawah diharamkan menanduk bola. Manakala latihan menanduk bola bagi pemain berusia 11 hingga 13 tahun akan dihadkan.
Itulah peraturan terkini United States Soccer Federation (USSF) sebagai langkah keselamatan selepas badan pengurusan bola sepak Amerika Syarikat itu disaman oleh sekumpulan ibu bapa.
Ibu-bapa ini berpendapat menanduk bola mendatangkan kecederaan kepala (concussion) kepada anak-anak mereka.
Ini bermakna, mulai sekarang pemain muda yang bermain di akademi dan kelab yang berdaftar dengan USSF tidak boleh menanduk bola.
Setiap kali mereka menanduk bola, permainan akan diberhentikan. Menggunakan kepala akan menjadi satu kesalahan (foul) – sama seperti menggunakan tangan.
Pediatrik (pakar kesihatan kanak-kanak) dan doktor di Amerika Syarikat masih kurang pasti sejauh mana menanduk bola boleh mendatangkan kecederaan kepala.
Menurut kajian daripada jurnal Pediatrik, perlagaan kepala ketika menanduk bola adalah punca utama kecederaan kepala pemain bola sepak. Bukannya menanduk bola.
Tetapi mereka berpendapat langkah mengharamkan pemain muda menanduk bola adalah satu keputusan yang bijak.
Bekas pemain bola sepak wanita Amerika Syarikat, Brandi Chastain, adalah antara pemain yang menyokong kuat langkah USSF mengharamkan pemain muda menanduk bola.
Baca juga: Major League Soccer (MLS): Liga Bola Sepak gaya Amerika Syarikat