Kelab Ireland Tawar Season Ticket Kepada Pemain Football Manager 2016

Sebuah pasukan divisyen ke-2 Republik Ireland menawarkan season ticket percuma kepada pemain Football Manager yang menang liga divisyen pertama Ireland dengan menggunakan kelab mereka.

Cabinteely FC yang baru dinaik taraf menjadi kelab profesional pada Januari 2015 mengumumkan promosi itu di akaun Twitter rasmi mereka.

Kenyataan rasmi kelab itu menyebut:

“Jumaat ini menyaksikan pelancaran Football Manager 2016 yang terbaru, di mana Cabinteely FC akan membuat kemunculan kali pertama dalam permainan simulasi tersebut.”

“Untuk menang season ticket kami, anda perlu muncul juara Premier Division sebagai pengurus Cabinteely FC. Pemain anda perlu naik dari First Division ke Premier Division dan seterusnya menjuarai Premier Division.”

Ramai peminat bola sepak memuji usaha staf PR dan media Cabinteely FC untuk mempopularkan kelab mereka.

Terdahulu, Cabinteely FC pernah memberi Yaya Toure hadiah hari jadi selepas media melaporkan beliau merajuk kerana Manchester City tidak menyambut hari jadinya.

Malah Cabinteely FC juga pernah ‘menolak permohanan’ Mario Balotelli untuk menjadi penyerang mereka selepas persembahan buruk Balotelli di Liverpool.

Baca juga: 10 Pasukan Yang Mesti Anda Urus Dalam Football Manager 2016

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN