Quantcast

BERITA

Ryan Shawcross Diberi Bekalan Deodorant Setahun Selepas Diejek Diego Costa

Minggu ini adalah minggu yang baik untuk pemain pertahanan Stoke City, Ryan Shawcross.

Selepas membantu pasukannya mengalahkan Chelsea 1-0, Shawcross mendapat bekalan deodorant selama setahun secara percuma – semuanya kerana Diego Costa.

Dalam perlawanan antara Stoke City dengan Chelsea yang lepas, Diego Costa dilihat cuba membuatkan Shawcross marah – dengan memberitahu ketiaknya berbau busuk.

Insiden itu berjaya dirakam oleh kamera dan tersebar meluas di media sosial.

https://twitter.com/talkingbaws/status/663064375922675712

Selepas kejadian tersebut, isteri Shawcross membelikannya deodorant Dove untuk suaminya sebagai respons kepada ejekan Costa.

Jika itu masih belum cukup, syarikat Dove mengumumkan mereka akan menaja bekalan deodorant selama setahun kepada Ryan Shawcross.

Penajaan itu dibuat ketika program forum pemain Stoke City dengan peminat anjuran BBC Radio Stoke berlangsung semalam. Dalam forum tersebut, Shawcross turut mengulas insiden Costa mengejeknya.

“Bila Costa lebih banyak fokus kepada saya berbanding kepada perlawanan, itu bermakna saya dah menang. Dia pemain yang bagus dan saya gembira dapat mendiamkan dia.”

Baca juga: 5 Sebab Mengapa Prestasi Chelsea Teruk Ketika Ini

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!