Alvaro Morata nyata masih sayangkan Juventus walaupun sudah bermain untuk Real Madrid.
Beliau yang pernah bermain untuk pasukan Juventus satu ketika dahulu, meluahkan rasa sayangnya beliau kepada Juventus walaupun sudah tidak lagi bermain untuk kelab ini.
Rela kalah ditangan Juventus
Bercakap menjelang pertemuan UEFA Champions League antara Real Madrid menentang Napoli, Morata nyata pasti perlawanan menentang Napoli itu satu perlawanan yang sukar baginya.
“Napoli adalah sebuah pasukan yang kuat. Mereka ada beberapa pemain yang berkualiti tinggi seperti Marek Hamsik dan juga Lorenzo Insigne.”
“Namun saya tetap nak menang walaupun saya bermain untuk pasukan Real Madrid. Dan percayalah, kemahuan saya untuk menang menentang Napoli semakin kuat jika saya bermain dengan Juventus.”
Sejak beberapa musim, Napoli adalah pencabar terhebat Juventus dalam saingan Serie A.
“Jika Real Madrid layak ke perlawanan akhir UEFA Champions League dan ditakdirkan tewas. Saya rela kalah dengan Juventus.”
Real Madrid adalah masalah
Morata tanpa segan silu mengatakan beliau rindu untuk bersama-sama dengan rakan-rakan beliau di Juventus.
Beliau nyata rindu untuk berdampingan dengan rakan-rakan Itali beliau seperti Gianluigi Buffon, Claudio Marchisio dan juga Andrea Barzagli.
Morata juga merasa rindu dengan kelibat peminat Juventus yang setia menerima mereka walaupun mereka tewas dalam perlawanan.
“Saya masih lagi ingat bagaimana kami disambut bak wira selepas tewas ditangan Barcelona. Peminat masih lagi dapat menerima kami!”
Di akhir temu bual, Morata mendedahkan yang Real Madrid merupakan batu penghalang kisah cinta Morata bersama dengan Juventus.
“Saya teringin nak kekal dengan Juventus untuk bertahun-tahun lamanya. Namun syarat klausa beli balik (buy-back clause) Real Madrid di dalam kontrak saya bersama Juventus nyata menghalang cita-cita saya itu.”
“Kerana syarat tersebut, saya terpaksa pulang ke Real Madrid.”
Baca juga: Kursus Kejurulatihan FAM Akan Diadakan Mac Ini!