Kursus Kejurulatihan FAM Akan Diadakan Mac Ini!

Kursus kejurulatihan FAM akan diadakan tidak lama lagi. Dan anda juga boleh turut serta menyertainya!

Hal ini kerana, Akademi Bola Sepak Negara FAM-UiTM akan mengadakan kursus kejurulatihan bola sepak peringkat awalan yang akan dilangsungkan pada bulan Mac ini.

Bulan Mac

Kursus kejurulatihan bola sepak peringkat awalan ini yang dianjurkan oleh Akademi Bola Sepak Negara FAM-UiTM ini akan diadakan pada awal bulan Mac iaitu pada 6 hingga 9 Mac 2017 (Isnin hingga Khamis).

Program ini akan diadakan di satu lokasi sahaja, iaitu di UiTM Shah Alam atau lebih tepat di Stadium UiTM Shah Alam – gelanggang rasmi UiTM FC.

Yuran penyertaan? Yuran penyertaan bagi kursus ini pula adalah RM400 sahaja dan jika anda berminat anda perlu segera menempah tempat anda kerana tempat adalah terhad.

Apa yang anda akan dapat dari kursus ini? Anda akan diajar mengenai teknik kejurulatihan untuk peringkat awalan. Ia adalah langkah pertama sebelum anda pergi lebih jauh dalam dunia kejurulatihan.

Anda boleh hubungi Encik Syamil di talian 0194337970 dan penyertaan kini sudah dibuka.

Kepada semua yang ingin jadi jurulatih, jangan lupa ambil peluang ini. Semoga berjaya!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN