Barcelona Dibenarkan Untuk Beli Pemain Baru Di Luar Jendela Perpindahan

Aleix Vidal cedera tempoh hari ketika aksi La Liga dan ia ternyata memberikan masalah besar buat Barcelona.

Namun begitu, Barcelona telah diberikan kelonggaran untuk mendapatkan pemain baharu di luar jendela perpindahan bagi menggantikan Vidal.

Perlawanan banyak

Aleix Vidal cedera pada perlawanan La Liga melibatkan Barcelona tempoh hari dan kecederaan beliau telah disahkan akan menyebabkan Vidal terlepas semua perlawanan musim ini.

Barcelona kini mempunyai kekurangan pemain di bahagian pertahanan kanan.

Dengan baki 16 perlawanan La Liga, 1 perlawanan Cop Del Rey dan kemungkinan 7 perlawanan UEFA Champions League, ia memaksa Barcelona untuk mencari pengganti Vidal sepantas boleh.

Ya mereka punya Sergi Roberto, namun prestasi beliau kini tidaklah seperti yang diharapkan. Luis Enrique mempunyai pilihan untuk menolak Javier Mascherano ke posisi pertahanan kanan.

Diberi peluang

Namun mujur untuk Barcelona, mereka dibenarkan untuk membeli pemain baharu di luar jendela perpindahan.

Namun mereka terikat dengan 2 syarat untuk mendapatkan pemain tersebut, iaitu:

  • Pemain tersebut haruslah sedang bermain di La Liga ataupun tidak terikat dengan mana-mana pasukan (free agent)
  • Pemain tersebut cuma boleh dipakai dalam pertandingan domestik sahaja (La Liga dan Copa Del Rey)

Jika Barcelona mahu mendapatkan pemain baharu, mereka boleh membeli pertahanan kanan utama di La Liga seperti Mariano (Sevilla), Mario Gaspar (Villareal). Namun kebarangkalian untuk Sevilla dan juga Villareal menjual mereka sangat rendah.

Jadi apa penyelesaian terbaik? Penyelesaiannya adalah untuk Barcelona menaikkan pemain muda dari skuad remaja Barcelona ke skuad senior.

Ia langkah yang menjimatkan wang mereka, namun sedikit risiko kerana pemain tersebut kurang berpengalaman.

Jad peminat Barcelona, siapa pertahanan kanan yang anda mahukan jika Barcelona nak beli?

Baca juga: Khairy Jamaluddin Umum Tidak Bertanding Jawatan Presiden FAM

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN