‘Alumni Harimau Muda’ Sokong Pembentukan Skuad Projek FAM-MSN

Skuad Projek FAM-MSN

Bekas Pemain Harimau Muda, Khairul Fahmi Che Mat, Shahrul Saad dan Nazirul Naim Che Hashim menyuarakan sokongan padu atas kerjasama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Majlis Sukan Negara (MSN) membentuk Skuad Projek FAM-MSN yang bersifat pembangunan beraksi dalam saingan Liga Premier bermula musim depan.

Skuad Projek FAM-MSN yang diumumkan secara rasmi semalam, merupakan usaha mencipta laluan kerjaya produk Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) termasuk graduan Akademi Mokhtar Dahari (AMD) dalam membantu barisan pemain muda negara mengharungi transisi ke pentas senior dan profesional.

Pemain yang terpilih akan menjalani latihan pusat rasmi di MSN, diberi elaun, tempat penginapan dan makanan, sokongan perubatan, pendedahan pertandingan dalam negara, pendedahan antarabangsa serta peluang melanjutkan pelajaran di universiti terpilih.

Embed from Getty Images

Bagi pandangan Khairul Fahmi atau lebih dikenali sebagai Apek, skuad yang dibawah kendalian Yusri Che Lah ini adalah proaktif di mana jika dibandingkan dulu.

“Langkah proaktif yang dapat membantu struktur pembangunan negara serta mampu memanfaatkan bola sepak untuk jangkamasa panjang.”

“Harimau Muda yang dahulu lebih bersifat profesinal tetapi Skuad Projek FAM-MSN ini jauh lebih baik memandangkan ia adalah untuk pembangunan dan pendidikan.”

“Dengan pelan yang tersusun ini, pemain-pemain muda dapat membuka pintu kerjaya masing-masing di mana sebelum ini dilihat sukar buat mereka beraksi di Liga Malaysia.”

“Ketika pemain senior bakal melepasi zaman kegemilangan mereka, projek ini dapat melahirkan pelapis secara berperingkat sekaligus memastikan Malaysia tidak ketandusan pemain berkualiti dan berdispilin dalam bola sepak moden,” kata Apek yang kini berusia 31 tahun.

Dalam pada itu, Shahrul, 27 tahun, berpendapat Skuad Projek FAM-MSN mampu memastikan laluan kerjaya lebih baik buat pemain-pemain muda.

Katanya, lebih baik peluang melanjutkan pelajaran bagi anggota skuad kali ini adalah nilai tambah buat mereka yang mana ia peluang yang tidak ada sebelum ini

“Saya lihat skuad projek FAM-MSN ini dapat menjadi platform terbaik buat pemain mengetengahkan bakat masing-masing, membuka ruang kerjaya yang lebih luas dan langkah ini sememangnya terbaik untuk memastikan hala tuju pemain-pemain muda dalam bola sepak serta pendidikan.

“Penubuhan skuad Projek ini seharusnya diambil positif kerana bagi saya selaku bekas pemain Harimau Muda ia mampu melahirkan lebih ramai pemain muda berkualiti, lebih baik dari sebelumnya.

“Ini juga peluang kepada pemain-pemain muda kita, pelapis Harimau Malaya mengasah bakat masing-masing terutama di Liga Malaysia,” katanya.
Embed from Getty Images

Nazirul Naim pula berkata, pandangan orang ramai mungkin bersifat subjektif tetapi baginya Skuad Projek FAM-MSN ini bukanlah bersifat langkah ke belakang.

“Ini bukan masa kita untuk melihat perkara yang lepas, bagi saya ini langkah yang yang amat diperlukan oleh pemain muda khusus ketika ini terutama dalam membuka peluang untuk mereka bermain dan meraih ilmu pendidikan pada masa sama.

“Jika dilihat bukan mudah untuk pemain-pemain muda khususnya lepasan AMD diberikan pendedahan dan berpeluang bermain di Liga Malaysia. Lebih menarik dapat menuntut di IPT pada masa sama.

“Dengan adanya usaha murni seperti ini kita seharusnya memberi sokongan, semangat dan menguatkan keyakinan untuk pemain muda kini bukan sahaja diberikan peluang bermain tetapi juga peluang pendidikan,” tambah Nazirul lagi.

Kredit featured image: Stanley Chou/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai perkembangan bola sepak semasa:

PFAM: Setiap Pasukan Perlu Guna Kontrak Pemain Profesional Yang Baharu

Yusri Che Lah Dilantik Pengendali Skuad Mirip Harimau Muda, Skuad Projek FAM-MSN

Sah Tinggalkan Persebaya, Konate & Da Silva Semakin Hampiri TFC?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN