Pemain pertahanan kiri Bayern Munich, Alphonso Davies mengakui kelab tersebut mempunyai kualiti yang cukup baik untuk menjuarai kempen Liga Juara-Juara Eropah [UCL] musim ini.
Wakil dari Jerman itu menang kesemua enam perlawanan peringkat kumpulan yang turut terdiri daripada Tottenham Hotspur, Olympiacos dan Red Star Belgrade.
Kecemerlangan tersebut diteruskan apabila anak didik Hansi Flick itu menang bergaya 3-0 keatas Chelsea di Stamford Bridge pada perlawanan pertama peringkat 16 terbaik.
Seperti diketahui umum, serangan COVID-19 di seluruh dunia menyaksikan saingan paling berprestij di Eropah itu turut terpaksa dihentikan buat sementara waktu.
”Saya benar-benar merasakan dengan kualiti yang kami ada, kami boleh untuk menjuarai Liga Juara-Juara Eropah.”
”Saya beraksi dengan baik [ketika bertemu Chelsea]. Kami melakukan apa yang diminta oleh jurulatih, bertahan dengan baik, menyerang dengan baik,” ujar pemain berusia 19 tahun itu menurut laporan dikeluarkan Goal.
”Jelas sekali ia tidak akan menjadi mudah [untuk menjuarai UCL]. Masih terdapat banyak lagi lawan yang baik menanti di hadapan untuk kami hadapi.”
”Setiap hari bermain di minda kami, yang tahun ini mampu untuk menjadi tahun di mana kami boleh memenangi Liga Juara-Juara Eropah sekali lagi,” ujar Alphonso Davies lagi.
Kali terakhir Bayern Munich menjulang trofi UCL adalah pada musim 2012/13 setelah menundukkan musuh tradisi, Borussia Dortmund 2-1 di perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Wembley menerusi jaringan Mario Mandzukic dan Arjen Robben.
Kredit foto: Sebastian Widmann/Bongarts/Getty Images
Baca artikel lain kami mengenai Bayern Munich: