Bruno Fernandes: Berusaha Keras Untuk Dapatkan Keyakinan

Bruno Fernandes

Pemain tengah Manchester United, Bruno Fernandes yang semakin mendapat tempat di hati peminat mengakui beliau perlu bekerja keras termasuk untuk merintis keyakinan serta mendapat kepercayaan pengurus pasukan, Ole Gunnar Solskjaer.

Menyertai United pada jendela perpindahan musim sejuk lalu, Fernandes pantas memberikan impak positif selepas menjaringkan tiga gol dan mencipta empat bantuan jaringan dalam sembilan penampilannya bersama The Red Devils.

”Bagi saya, perkara paling penting adalah keyakinan jurulatih. Saya perlu tahu bahawa saya mendapat sokongan daripada jurulatih, kerana kadangkala apabila anda bertukar kelab, bukan setiap masa jurulatih mahukan anda.”

”Saya datang dan saya akan menunjukkan kepada jurulatih bahawa saya boleh bermain, boleh menjadi pilihan buatnya kerana kadangkala anda perlu memberikan tekanan kepada diri sendiri untuk menjadi lebih baik dan memberikan lebih [sumbangan],” ujar Fernandes menurut laporan Goal.

”Mungkin jika saya datang dan saya bukanlah pilihan jurulatih, saya tahu bahawa perlu memberikan bukan 100 peratus [komitmen] tetapi 200 peratus kerana jurulatih perlu untuk melihat, dia perlu melihat, memahami yang saya perlu bermain, saya mahu beraksi lebih daripada pemain lain.”

”Dalam fikiran anda, anda mahu untuk bermain lebih daripada orang lain tetapi orang lain memikirkan benda yang sama seperti anda.”

”Keyakinan ini yang diperlukan untuk anda terus menunjukkan peningkatan, untuk lebih berlatih dan persaingan sihat diperlukan dalam pasukan. Anda bersaing dengan seseorang.”

”Anda perlu untuk memberikan lebih daripada dia dan dia akan memikirkan cara yang sama, jika pemikiran tersebut adalah sama, anda akan menjadi lebih baik. Saya dan juga dia [meningkat].”

”Tidak kira siapa yang akan bermain, anda berlatih dengan baik, pasukan akan semakin meningkat,” ujar Fernandes lagi.

Kredit foto: Clive Mason/Getty Images

Baca artikel lain kami mengenai Bruno Fernandes:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN