Kontrak Baharu Muller Dengan Bayern Munich Sehingga 2023

Penyerang Bayern Munich, Thomas Muller telah menandatangani kontrak baharu dengan lanjutan selama dua tahun untuk terus kekal di kelab juara Jerman itu sehingga 2023.

Pemain antarabangsa Jerman berusia 30 tahun itu telah membuat lebih 500 penampilan dan memenangi 16 kejuaraan utama bersama Bayern Munich sejak tampil buat kali pertama bersama skuad senior pada 2009.

“Kelab ini bukan sekadar majikan buat saya. Ianya adalah semangat saya,” kata Muller yang telah menjaringkan 116 gol dalam saingan Bundesliga.

“Saya gembira dapat terus kekal di sini untuk tambahan dua tahun lagi dan saya akan berikan aksi terbaik sama ada di dalam mahupun di luar padang.”

Bayern kini sedang mendahului Bundesliga dengan kelebihan empat mata di depan Borussia Dortmund dengan saingan masih berbaki sembilan perlawanan.

Namun liga kini telah digantung sekurang-kurangnya sehinga 30 April disebabkan pandemik coronavirus (COVID-19) yang sedang melanda di seluruh dunia dengan Jerman setakat ini telah pun mencatatkan kes positif sebanyak  103,275 dengan 1,810 kematian.

“Saya pasti apabila kami sambung bermain semula selepas ini, kami akan berjaya. Itulah yang mendorong saya,” kata Muller.

Bayern Munich telah mula menjalani latihan sejak Isnin dengan memecahkan kumpulan-kumpulan kecil yang terdiri daripada lima orang pemain setiap kumpulan.

Kredit Foto: FC Bayern

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Thomas Muller dan Bayern Munich:

Leave a Reply