Kerana Bergaduh Ketika Latihan, Wenger Gugurkan Sanchez Dari Skuad Utama Arsenal

Mourinho: 'We all know we were the better team' Loading official content
Mourinho: 'We all know we were the better team'
Fenerbahce manager Jose Mourinho reflects on his sides Europa League defeat to Rangers after the Turkish giants lost on penalties, with Mourinho stating that the best side lost.
0 seconds of 1 minute, 16 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea
01:23
00:00
01:16
01:16
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea Pitchside Angle: Matías Mier’s goal vs Malut United Postecoglou: Spurs' strong response secures 3-1 victory over Alkmaar Amorim on Bruno Fernandes: 'We need to help him to win titles' Joshua Kimmich extends his Bayern contract Maresca happy for streak and confident in two players ready for the 'final sprint' Mourinho: 'We are not at a disadvantage despite losing 3-1 to Rangers' Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Courtois: 'I'm tired of teams crying about refereeing decisions' Vicario: 'We face this kind of pressure every week' Rodri returns to the training pitch Pitchside Angle: Kei Hirose scores a decisive goal at Dewa United Bayern's new anthem – goosebumps at the Allianz Arena Minamino scores again for Monaco in draw against Toulouse Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

Tempoh hari kita saksikan bintang Arsenal, Alexis Sanchez tidak diturunkan sebagai pemain utama ketika perlawanan penting menentang Liverpool.

Ketika itu, Arsene Wenger mengatakan beliau memilih untuk meletakkan Danny Welbeck dan juga Olivier Giroud sebagai pemain utama adalah kerana ingin bermain taktikal bola tinggi serta mahu lebih ancaman fizikal di udara.

Namun telah terbocor rahsia sebenar kenapa bintang Chile itu digugurkan oleh skuad Arsenal.

Bergaduh

Menurut sumber dari The Guardian, punca sebenar kenapa Sanchez digugurkan dari kesebelasan utama Arsenal menentang Liverpool adalah kerana beliau terlibat dengan pergaduhan ketika sesi latihan menjelang perlawanan genting itu.

Sanchez dikatakan kecewa dengan harapan Arsenal dalam persaingan Premier League dan UEFA Champions League yang kian pudar.

Beliau yang kecewa terus pulang ke bilik persalinan ketika latihan masih dilangsungkan.

Selepas itu, rakan-rakan sepasukan terus mencari beliau di bilik persalinan namun ia menjadi perkara yang tidak sepatutnya berlaku.

Beberapa pemain Arsenal yang lain dengan Sanchez bertukar-tukar kata-kata kesat dan itu menjadi punca kenapa pergaduhan besar berlaku.

Tidak lama selepas itu, Sanchez terlibat dengan satu insiden bersama pemain Arsenal yang tidak dinyatakan yang membuatkan suasana kecoh berlaku.

Titik tolak

Insiden panas ini dijangka akan menjadi titik tolak kepada perpisahan Sanchez bersama Arsenal.

Beliau yang hanya tinggal setahun sahaja di dalam kontraknya di Arsenal masih belum menandatangani kontrak baharu – dan itu menimbulkan kerisauan yang beliau akan tinggalkan Arsenal.

Juventus telah memulakan langkah untuk dapatkan beliau. Tetapi mahukah Arsenal melepaskan beliau?

Baca juga: 5 Statistik Negeri Sembilan Setakat Ini Yang Perlu Anda Tahu

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN