Romelu Lukaku: “Saya Belum Lagi Seorang Penyerang Terbaik Di Dunia”

Romelu Lukaku adalah seorang pemain yang menjadi nadi utama kepada serangan Everton.

Beliau nyata memberikan impak kepada serangan Everton dan semestinya impaknya itu menjadikan beliau watak kesayangan para penyokong Everton.

Terbaik di dunia

Kehebatan Lukaku nyata menangkap perhatian dari Jamie Carragher.

Beliau yang kini penganalisis di Sky Sports berkata Lukaku kini merupakan antara penyerang yang terhebat di dunia ketika ini.

“Saya lihat beliau sebagai antara penyerang yang cukup hebat.”

“Tak terlalu keterlaluan untuk saya katakan yang Lukaku kini sebaris dengan Robert Lewandowski dan juga Luis Suarez.”

Saya belum hebat

Namun begitu, Lukaku merasakan dirinya belum cukup hebat untuk disamakan dengan Lewandowski dan juga Suarez.

“Lihat mereka, mereka ada UEFA Champions League yang dimana mereka boleh gunakan untuk serlahkan bakat mereka di tahap tertinggi.”

“Perlawanan di kejohanan itu merupakan perlawanan di tahap tertinggi dan saya berhak bermain di kejohanan sebegitu.”

Lukaku sering dikaikan dengan perpindahan keluar dari Everton setiap kali jendela perpindahan tiba. Namun beliau merasakan dirinya gembira di Everton.

Walaupun beliau menolak untuk digelarkan sebagai penyerang terbaik di dunia, Lukaku tetap merasakan dirinya kini sebagai penyerang terbaik di Premier League.

“Saya boleh cakap saya penyerang terbaik di Premier League dan saya yakin 100%.”

“Saya cuma perlu pentas yang lebih tinggi untuk serlahkan kebolehan saya selepas ini.”

Baca juga: Ini Sebab Carragher Dan Henry Tidak Terkejut Apabila Ibrahimovic Menyiku Mings

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN