Pemain sayap Inter Milan, Alexis Sanchez meluahkan rasa kesalnya menyertai Manchester United dan mendedahkan beliau mahu meninggalkan kelab tersebut hanya selepas menjalani sesi latihan pertama.
Sanchez mengambil keputusan yang mengejutkan pada 22 Januari 2018 apabila bertindak meninggalkan Arsenal untuk menyertai Manchester United dan diberikan jersi bernombor tujuh.
Bagaimanapun, langkahnya itu dilihat bukanlah satu keputusan yang tepat kerana beliau hanya mampu meledakkan lima jaringan pada 45 penampilannya dalam semua pertandingan disertai United selama semusim setengah.
Beliau kemudiannya dipinjamkan ke Inter Milan pada musim lalu dan pengendali pasukan Serie A itu, Antonio Conte memilih untuk membawanya secara tetap ke Giuseppe Meazza.
”Hanya selepas sesi latihan pertama, saya telah menyedari banyak perkara, saya kembali ke rumah dan bertanyakan kepada pengurus serta keluarga saya adakah boleh saya membatalkan kontrak dan kembali semula ke Arsenal.”
”Sesuatu yang tidak sesuai dengan saya tetapi saya sudah pun menandatangani kontrak [bersama Manchester United],” ujar Sanchez menurut laporan Goal.
”Bulan berlalu dan saya masih merasakan perasaan yang sama. Kami tidak bersatu dalam satu pasukan pada ketika itu.”
”Para wartawan juga bercakap tentang saya tanpa mengetahui perkara tersebut. Bekas pemain juga berbicara dan tidak mengetahui apa yang berlaku dalam pasukan. Dan ia menyakitkan saya.”
”Seorang pemain juga bergantung kepada persekitaran dalaman, di mana kami perlu untuk menjadi keluarga, dan ia akan mempengaruhi aksi di padang. Jika seseorang untuk dipersalahkan, mereka menyalahkan saya.”
”Saya melakukan kritikan terhadap diri sendiri dan seharunya bermain dengan lebih baik. Tetapo saya sentiasa dipersalahkan, walaupun saya hanya bermain untuk beberapa minit,” tambah Sanchez lagi.
Kredit featured image: Charlotte Wilson/Offside/Getty Images
Baca artikel lain dari kami mengenai Alexis Sanchez: