RASMI: Inter Milan Umumkan Alexis Sanchez, Man United Berikan Subsidi Gaji

Pemain penyerang Chile dan Manchester United, Alexis Sanchez, sah menyertai Inter Milan.

Alexis Sanchez semalam tiba di Milan untuk memuktamadkan perjanjian tersebut. Dan pada awal pagi tadi waktu Malaysia, Sanchez diumumkan sebagai pemain baharu Inter Milan pada musim ini.

Manchester United turut mengesahkan bahawa pemain itu akan pergi secara pinjaman ke Inter Milan sehingga Jun 2020.

Alexis Sanchez menyertai rakan sepasukannya di Old Trafford, iaitu Romelu Lukaku, dalam projek baharu Inter Milan di bawah kendalian Antonio Conte.

Inter dalam kenyataan rasmi kelab berkata: “Alexis Sanchez rasminya menjadi pemain Inter. Pemain Chile ini menyertai Nerazzuri dari Manchester United secara pinjaman sehingga 30 Jun 2020.

“Alexis Sancehez merupakan pemain Chile ke-5 dalam sejarah kelab Inter, bersama Ivan Zamorano, David Pizzaro, Luiz Jimenez dan Gary Medel yang beraksi di sini sebelum beliau.”

“Beliau akan berpeluang bergabung semula dengan Samir Handanovic dan Kwadwo Asamoah di Nerazzuri. Mereka adalah rakan sepasukan ketika di Udinese, dan juga Romelu Lukaku yang merupakan rakan sepasukan beliau di Mancheter United selama satu setengah musim.”

“Daripada hidup Sanchez, bola sepak adalah mewakili segala-galanya, dan beliau sentiasa menjadi orang paling bahagia apabila bola ada di kakinya.”

“Mulai dari sekarang, beliau berpeluang melakukannya dengan warna Nerazzurri. Mewakili semua keluarga Nerazzurri, kami ingin mengucapkan beliau selamat datang yang penuh mesra dan selamat maju jaya.”

Berdasarkan Simon Peach; Alexis Sanchez dipinjamkan ke Inter tanpa ada klausa pembelian tetap. Ini kerana Inter Milan dilaporkan menolak komitmen tersebut.

Manchester United setuju membayar subsidi £6.5 juta daripada £12 juta gaji beliau semusim ketika tempoh pinjaman di Inter Milan.

Alexis Sanchez menyertai Manchester United dari Arsenal pada Januari 2018 dan hanya menjaringkan 3 gol liga daripada hanya 32 penampilan bersama Red Devils.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN