Solskjaer: “Alexis Sanchez Akan Bermain Dan Menjadi Aset Penting Untuk Taktikal Kami”

Alexis Sanchez antara pemain yang dilaporkan kembali cergas menjelang pertemuan Man. United dengan Newcastle pada awal pagi esok.

Pengurus sementaran Man. United, Ole Gunnar Solskjaer yakin beliau akan mampu mengeluarkan yang terbaik daripada Alexis Sanchez.

Sanchez sebelum ini disisihkan kerana masalah kecederaan hamstring pada November. Sempena kepulangannya ke dalam pasukan utama, Alexis Sanchez berharap akan dapat memulakan kebangkitan kariernya di bawah kendalian Ole Gunnar Solskjaer.

Sejak menyertai Man. United pada Januari 2018, Alexis Sanchez masih gagal memberikan impak maksimum di atas padang seperti yang diharapkan oleh Man. United.

Manchester United kini sudah menjaringkan 12 gol dalam 3 perlawanan pertama di bawah kendalian Solskjaer. Mereka lebih pragmatik dan ofensif di dalam sistem permainan. Solskjaer berkata: “Beliau ‘menangis’ sedikit untuk bangkit semula, kerana beliau mahu bermain, itulah salah satu karakter Sanchez.”

United
MANCHESTER, ENGLAND – DECEMBER 28: (EXCLUSIVE COVERAGE) Caretaker Manager Ole Gunnar Solskjaer of Manchester United speaks during a press conference at Aon Training Complex on December 28, 2018 in Manchester, England. (Photo by Matthew Peters/Man Utd via Getty Images)

“Alexis berjaya menyertai latihan kami dengan cukup cemerlang dalam masa beberapa hari ini. Dan beliau sebelum ini meminta untuk terlibat dalam perlawanan menentang Bournemouth. Namun kami harus teliti dalam menguruskan beliau.”

“Sanchez sudah berehat sebulan. Dan beliau akan terlibat dalam aksi menentang Newcastle.”

Ole Gunnar Solskjaer yakin corak permainan Man. United pada hari ini akan memberikan manfaat kepada Sanchez.

“Saya rasa Sanchez pemain yang akan mendapat manfaat daripada sistem permainan kami yang aktif bertukar peranan sesama pemain, bergerak dan sentiasa berkitaran, mencipta lebih banyak peluang.”

“Jika kami mencipta lebih banyak peluang di final third, beliau akan menjadi aset penting untuk kami.”

Alexis Sanchez musim ini hanya bermula dalam 5 perlawanan di bawah Jose Mourinho. Gol tunggal beliau dalam EPL adalah ketika masuk sebagai pemain gantian – dan menjaringkan gol kemenangan 3-2 ke atas Newcastle pada Oktober.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN