Pemain muda sensasi Liverpool, Trent Alexander-Arnold menekankan bahawa betapa beliau terhutang budi dan berterima kasih kepada Jurgen Klopp buat selama-lamanya di atas segala kepercayaan dan peluang yang diberikan ke atas dirinya.
Pemain yang menggunakan jersi nombor 66 itu menyambut hari kelahirannya yang ke-21 pada Isnin lepas. Beliau membuat penampilan pertama dalam skuad utama Liverpool pada Oktober 2016.
Kini Alexander-Arnold ibarat sang helang yang terbang tinggi di awan setelah muncul sebagai pemenang Liga Juara-Juara Eropah dan kerap menjadi pilihan dalam kesebelasan utama skuad England.
Walau bagaimanapun, pemain bek kanan tersebut percaya, kejayaan yang diperolehi pada hari ini tidak akan tercapai tanpa dorongan dan sokongan daripada pengurus berasal dari Jerman itu
✅ #UCL winner
✅ #SuperCup winner
👏 Just 21-years-oldHappy birthday to Liverpool star Trent Alexander-Arnold 🥳
🎈 @trentaa98 | @LFC pic.twitter.com/FzpWeaALUg
— UEFA Champions League (@ChampionsLeague) October 7, 2019
Ketika ditanya oleh pemberita laman web rasmi Liverpool, apa yang Klopp telah lakukan untuk menaikkan kariernya, pemain itu menjawab, ‘segalanya’.
“Jelas tanpa beliau, entah apa yang akan berlaku pada saya. Beliau adalah individu yang memberi banyak peluang, lebih daripada apa yang saya harapkan.
“Beliau meletakkan kepercayaan dan keyakinan yang begitu tinggi kepada saya secara peribadi dan saya cuba sedaya upaya untuk membalas jasanya setiap kali beliau melakukannya.
“Oleh yang demikian, saya mahu mengucapkan jutaan terima kasih kepada beliau dan berharap akan datang lebih banyak kejayaan yang akan kami kecapi seperti mana empat tahun yang telah kami lalui bersama sebelum ini.
“Dalam beberapa minggu pertama beliau tiba di sini, beliau turun sendiri ke akademi untuk melihat pemain-pemain muda. Keadaan itu memberikan harapan kepada pemain muda bahawa kami semua berpeluang untuk beraksi untuk skuad utama satu masa nanti.
“Buktinya dalam tempoh empat tahun ini, beliau telah memberi ruang dan peluang kepada pemain-pemain muda dan sayalah antara pemain muda yang beruntung itu.
Alexander-Arnold mengaku amat sukar untuk melupakan perjalanan kariernya yang menakjubkan bermula dengan saat pertama menyertai akademi The Reds ketika berusia enam tahun dan kini muncul sebagai juara Eropah.
“Beberapa tahun kebelakangan ini keadaan begitu mengejutkan, segalanya berlaku terlalu pantas. Jika dapat duduk sebentar dan memikirkan betapa jauhnya perjalanan saya, ia terlalu manis untuk dikenang.
Trent Alexander-Arnold's career so far:
25/10/16: Liverpool debut
14/12/16: Premier League debut
15/08/17: First Liverpool goal
26/05/18: Champions League finalist
28/06/18: World Cup debut
01/06/19: Champions League winnerNot even 21 years old yet. pic.twitter.com/mQV2m54adh
— Squawka Live (@Squawka_Live) June 1, 2019
“Saya tidak pernah menjangkakan segalanya berjalan begitu lancar, tetapi saya cukup bersyukur dan bernasib baik kerana diberi peluang oleh pengurus yang betul pada masa yang tepat.
“Saya berkesempatan untuk memanfaatkan segala peluang malah diberikan lebih daripada yang saya harapkan. Saya bersyukur atas kepercayaan yang diberikan.
“Begitu juga jika anda memenangi trofi kejuaraan. Tidak kira banyak mana pun yang kamu menang, kamu tak akan pernah rasa cukup. Kamu perlu terus berusaha sedaya upaya untuk menjadi pemain yang lebih baik sebagai satu pasukan.
“Untuk apa sahaja tujuan yang kamu bermain, matlamatnya adalah untuk mencapai kemenangan. Itulah mentaliti yang kami terapkan dalam kepada kami setiap minit apabila beraksi.”