Alberto Zaccheroni Jurulatih Baharu Skuad Kebangsaan UAE

Bekas pengurus AC Milan dan jurulatih skuad kebangsaan Jepun, Alberto Zaccheroni semakin hampir menyertai skuad kebangsaan UAE sebagai pengurus merangkap ketua jurulatih.

Jurulatih yang berasal dari Itali itu pernah membawa Jepun menjuarai Piala Asia 2011 akan tiba di Dubai pada hari Sabtu dan akan bertemu wakil daripada Persatuan Bola Sepak UAE pada hari Ahad untuk menandatangani kontrak.

Jika semua urusan berjalan lancar, beliau akan menggantikan Edgardo Bauza, jurulatih terdahulu yang meninggalkan UAE untuk melatih pasukan kebangsaan Arab Saudi menghadapi kempen Piala Dunia tahun depan.

Zaccheroni, 64 tahun merupakan calon terbaik pilihan UAE kerana pengalamannya dan kejayaannya dalam bola sepak Asia.

Beliau dilantik sebagai ketua jurulatih Jepun pada tahun 2010 dan membawa Jepun layak ke Piala Dunia pada tahun 2014. Jepun tersingkir daripada peringkat kumpulan ketika saingan Piala Dunia di Brazil ketika itu.

Presiden FA UAE, Marwan Bin Ghalita mahu skuad kebangsaan UAE layak ke perlawanan akhir Piala Asia 2019 yang akan berlangsung di tempat sendiri.

Bulan lepas, UAE gagal mara ke Piala Dunia tahun depan selepas menamatkan saingan kelayakan dalam kedudukan ke 4 di belakang Jepun, Arab Saudi dan Australia. Kali terakhir UAE layak ke Piala Dunia ialah pada tahun 1990

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN