Bintang Muda Indonesia, Egy Maulana Bakal Menyertai Kelab Eropah

Bintang muda Indonesia yang menjadi bualan peminat bola sepak sekitar Asean dan Indonesia, Egy Maulana telah menarik minat beberapa kelab ternama Eropah.

Jurulatih skuad Indonesia U19, Indra Sjafri telah mengesahkan anak muda kelahiran Medan, Indonesia itu telah mendapat peluang untuk mengembangkan karier di luar Indonesia.

“Dia ada dapat tawaran besar untuk menyertai kelab di eropah tetapi saya tidak boleh ulas dengan lebih lanjut,” katanya kepada Jakarta Globe.

“Saya lebih suka beliau bermain di luar negara daripada menyertai kelab Indonesia. Dia akan jadi inspirasi kepada pemain muda yang lain ”

Egy memulakan karier bola sepaknya di usia muda ketika di Sekolah Sukan Tasbi Medan. Bakat beliau telah memikat beberapa scout ketika bermain untuk SSB Tasbi Medan dalam kejohanan Bola Sepak Indonesia bawah 12 tahun pada tahun 2012.

Egy muncul penjaring terbanyak kejohanan itu dengan 8 gol.

Gambar kredit : Kompas bola

Pada bulan Jun lalu, Egy telah memenangi anugerah pemain terbaik dalam kejohanan Toulon di mana beliau membuat penampilan pertama untuk skuad kebangsaan Indonesia U19.

Antara pemain yang pernah memenangi anugerah itu ialah Cristiano Ronaldo dan Zinedine Zidane.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN