Kapten Icardi Warnakan Bandar Milan, Biru Hitam! Penyokong Rossoneri Mahu Montella Digantikan!

Kapten Mauro Icardi menjaringkan gol kemenangan menerusi penalti lewat perlawanan yang agak kontroversi dalam derbi Milano ke-219.

Inter dihadiah penalti pada minit akhir, minit ke-90. Icardi meraikan gol dengan gaya seperti Lionel Messi. Mauro Icardi ternyata dalam prestasi terbaik beliau di dalam perlawanan ini.

Icardi meletakkan Inter 3 kali mendahulu AC Milan. 2 kali berjaya dikejar oleh seteru mereka itu menerusi Suso dan Bonaventura (selepas itu disahkan sebagai jaringan sendiri Handanovic).

Kekalahan ini meletakkan Montella dalam keadaan tertekan. Ramai penyokong Milan sudah mulai mendesak pengurusan mengambil semula Carlo Ancelotti sebelum terlambat.

Namun Carlo Ancelotti memberitahu beliau tidak akan menguruskan mana-mana pasukan untuk baki musim ini. Jadi, peminat Milan juga mengharapkan Thomas Tuchel dipertimbangkan untuk jawatan tersebut.

Montella sudah membelanjakan lebih £200 juta dalam jendela perpindahan pra musim. Namun prestasi Milan masih belum memuaskan, apatah lagi untuk menyaingi tempat teratas buat masa ini.

Ini adalah kekalahan ke-4  Milan daripada 8 perlawanan Serie A setakat ini.  Montella tetap mengambil kesempatan untuk memuji semangat juang anak-anak buah beliau di dalam perlawanan ini.

Milan memiliki beberapa peluang terbaik di dalam perlawanan ini. Namun kecekapan Handanovic menafikan percubaan gol mereka.

Perlawanan ini penuh dengan aksi berbalas serangan. Memang tipikal perlawanan derbi Milano. 36 percubaan gol dilakukan kedua-dua pasukan.

Milan kini turun ke tangga ke-10 dengan 12 mata dipisahkan daripada Napoli dan 10 mata di belakang Inter Milan yang berada di tangga ke-2.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN