Bekas pengurus AC Milan dan jurulatih skuad kebangsaan Jepun, Alberto Zaccheroni semakin hampir menyertai skuad kebangsaan UAE sebagai pengurus merangkap ketua jurulatih.
Jurulatih yang berasal dari Itali itu pernah membawa Jepun menjuarai Piala Asia 2011 akan tiba di Dubai pada hari Sabtu dan akan bertemu wakil daripada Persatuan Bola Sepak UAE pada hari Ahad untuk menandatangani kontrak.
Jika semua urusan berjalan lancar, beliau akan menggantikan Edgardo Bauza, jurulatih terdahulu yang meninggalkan UAE untuk melatih pasukan kebangsaan Arab Saudi menghadapi kempen Piala Dunia tahun depan.
Zaccheroni, 64 tahun merupakan calon terbaik pilihan UAE kerana pengalamannya dan kejayaannya dalam bola sepak Asia.
Beliau dilantik sebagai ketua jurulatih Jepun pada tahun 2010 dan membawa Jepun layak ke Piala Dunia pada tahun 2014. Jepun tersingkir daripada peringkat kumpulan ketika saingan Piala Dunia di Brazil ketika itu.
The search is (almost) over! Former AC Milan, Japan manager Alberto Zaccheroni to take charge of UAE | @_JMcAuley. https://t.co/Waw7599jOg pic.twitter.com/8PT3UGjYUI
— The National Sport (@NatSportUAE) October 15, 2017
Presiden FA UAE, Marwan Bin Ghalita mahu skuad kebangsaan UAE layak ke perlawanan akhir Piala Asia 2019 yang akan berlangsung di tempat sendiri.
Bulan lepas, UAE gagal mara ke Piala Dunia tahun depan selepas menamatkan saingan kelayakan dalam kedudukan ke 4 di belakang Jepun, Arab Saudi dan Australia. Kali terakhir UAE layak ke Piala Dunia ialah pada tahun 1990