Albania Bengang, Pihak Stadium Terputar Lagu Andorra & Minta Maaf Kepada Armenia

Perlawanan di kelayakan Euro 2020, di antara Perancis dan Albania bermula dengan penuh kucar-kacir dan tak terurus. Segalanya serba tak kena.

Para pemain Albania berdiri untuk menyanyikan lagu kebangsaan mereka. Namun pihak pengurusan stadium tersilap memainkan minus one lagu kebangsaan Andorra.

Akibat tidak berpuas hati, para pemain dan pegawai pasukan, Albania enggan berganjak untuk memulakan perlawanan, dan menunggu lagu kebangsaan negara mereka berkumandang terlebih dahulu.

https://twitter.com/i/status/1170407527789617153

Selepas itu, pihak pengurusan stadium membuat permohonan maaf. Malangnya, mereka telah meminta maaf kepada Armenia.

Jurulatih Perancis, Didier Deschamps sudah bercakap dengan pengurus pasukan Albania, Edy Reja berkaitan dengan isu kecelaruan dalam memasang lagu kebangsaan yang betul.

Ia telah membuatkan sepak mula perlawanan menjadi lewat. Para penyokong Albania mulai bengang dan ada yang menunjukkan rasa marah mereka.

Apa yang lebih memalukan, pihak stadium meminta maaf di atas kesilapan mereka kepada Armenia pula.

Di atas padang, Perancis menang mudah 4-1 ke atas Albania.

Kingsley Coman menjaringkan 2 gol. Manakala 2 gol lagi sumbangan Olivier Giroud dan Jonathan Ikone.

Albania berjaya mendapat jaringan saguhati lewat perlawanan menerusi Sokol Cikalleshi yang menyudahkan penalti.

Kemenangan ini memastikan Perancis kekal bertahta di puncak kumpulan H berkongsi 12 mata dengan Iceland.

Agak ironi, perlawanan Perancis yang seterusnya adalah bertemu Andorra. Diharap minus one lagu kebangsaan Andorra itu tidak dikeluarkan daripada pejabat.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN