Quantcast

BERITA

Jorginho: Bukan Senang Nak Mengawal Pukki

Pemain tengah kebangsaan Itali, Jorginho berkesempatan berkongsi pengalaman beliau di England pada musim ini.

Seperti peminat EPL yang lain, Jorginho turut kagum dengan prestasi Teemu Pukki yang dianggap beliau mengejutkan.

Jorginho melabel Pukki sebagai penyerang lengkap (complete striker).

Menjelang pertemuan Itali dan Finland, awal pagi esok, dalam aksi Kelayakan Euro 2020, kumpulan J – Jorginho mengingatkan para rakannya akan kualiti yang dimiliki oleh Teemu Pukki.

Beliau menyatakan, Teemu Pukki merupakan pemain yang sukar dikawal kerana kualiti teknikal dan pemain yang penuh muslihat di dalam padang.

“Kami mahu turun dan menang perlawanan ini. Siapa sahaja yang bermain perlu tunjukkan karakter sebenang di atas padang dan jurulatih ada banyak pilihan, siapak yang mahu diturunkan.”

Bercerita tentang Pukki, Jorginho berkata:

“Beliau jelas sekali pemain yang sangat penting untuk mereka [Finland], pemain yang telah bermain sangat baik untuk Norwich dalam saingan Liga Perdana Inggeris setakat ini.”

“Beliau pemain penting, dan kita juga harus memberikan perhatian teliti kepada pemain-pemain lain.”

“Bukan sesuatu yang mengejutkan, jika Finland mendapat keputusan positif, kerana mereka pasukan yang dibarisi ramai pemain berkualiti dan mereka bekerja secara berpasukan.”

“Pukki sedikit sebanyak, ada segala perkara yang membuatkan beliau penyerang lengkap. Beliau menetapkan larian beliau pada masa yang sangat baik, pemain yang sangat bijak dalam pemposisian, sentiasa berlari dan menekan lawan.”

“Pukki adalah pemain yang tidak pernah berhenti bergerak.”

“Beliau mampu melindungi bola, boleh mencipta gol untuk rakannya. Beliau memang sangat bahaya.”

“Ianya bukan satu kebetulan, beliau merupakan antara penjaring dalam senarai teratas di EPL ketika ini.”

Jorginho kemudian menyatakan beliau telah banyak mempelajari aspek bertahan ketika di EPL. Liga yang lebih lasak. Jorginho berharap beliau dan rakan sepasukan akan memberikan aksi terbaik.