Alasan Mengapa Tottenham Hotspur Batalkan Kontrak Matt Doherty

Tottenham Hotspur mengejutkan peminat seluruh dunia selepas mereka mengumumkan berita penamatan kontrak pemain Full-back, Matt Doherty yang berkuatkuasa serta merta.

Pemain kebangsaan Republic of Ireland itu kini sudah sah melengkapkan perpindahan beliau menyertai Atletico Madrid selepas beliau disingkirkan dari Tottenham Hotspur.

Doherty gagal untuk mendapatkan tempat dalam skuad utama Tottenham Hotspur terutama selepas beliau dibelenggu masalah kecederaan lutut pada penghujung musim lalu.

Pengurus Spurs, Antonio Conte memilih untuk menggunakan Emerson Royal di posisi wing back kanan dengan Spurs turut baru sahaja melengkapkan penandatanganan bintang Sporting CP, Pedro Porro malam semalam.

Doherty yang menyertai Tottenham Hotspur dari Wolverhampton Wanderers pada tahun 2020 lalu merupakan antara pemain yang sangat bagus ketika awal ketibaannya di London.

Doherty berjaya membuat 71 kemunculan secara keseluruhannya namun Conte mendedahkan yang beliau tidak nampak pemain pertahanan itu mampu untuk beraksi dalam saingan Premier League pada Oktober lalu.

Spurs mengumumkan yang mereka telah menamatkan kontrak Doherty dan hal itu secara tak langsung membenarkan bekas bintang Wolves itu untuk terus menyertai Atletico menerusi perjanjian tetap.

“Kami sudah bersepakat untuk membatalkan kontrak Matt Doherty supaya dia boleh menyertai kelab lain.”

Tulis kenyataan dari Tottenham Hotspur.

“Ditandatangani dari Wolverhampton Wanderers pada Ogos 2020, pemain kebangsaan Republic of Ireland itu sudah membuat 71 penampilan bersama kami dari semua pertandingan dan turut berjaya menjaringkan 3 gol.”

“Kami mahu ucapkan terima kasih kepada Matt atas khidmat beliau dan kami doakan yang terbaik untuknya di masa hadapan.”

Jelas sekali peminat tertanya-tanya apa sebenarnya yang berlaku hingga menyebabkan Spurs membatalkan kontrak Matt Doherty.

Punca utama mengapa Spurs terpaksa membatalkan kontrak Doherty adalah kerana ramainya pemain mereka yang dipinjamkan kepada kelab-kelab di luar UK.

Hanya lapan pemain sahaja maksimum yang akan dibenarkan untuk dipinjamkan kepada pasukan luar UK dengan Spurs kini sudah mencapai angka tersebut.

Spurs mencapai angka tersebut selepas mereka meminjamkan Bryan Gil kepada Sevilla dan Djed Spence kepada Rennes.

Tottenham Hotspur telah meminjamkan enam pemain mereka sebelum bermulanya jendela perpindahan Januari baru-baru ini.

Pemain back kiri, Sergio Reguilon kini sedang beraksi bersama Atletico, sementara Giovani Lo Celso turut beraksi dalam saingan La Liga bersama Villarreal.

Pemain midfield, Harry Winks kini sedang beraksi bersama Sampdoria dalam kancah saingan Serie A, sementara Tanguy Ndombele pula sedang beraksi bersama Napoli.

Destiny Udogie telah ditandatangani oleh Spurs pada musim panas lalu, namun beliau segera dipinjamkan kepada Udinese hingga akhir musim ini.

Tottenham Hotspur juga turut meminjamkan Joe Rodon kepada Rennes dan ditambah dua pemain yang baru sahaja dipinjamkan pada jendela perpindahan Januari ini, maka Spurs sudah meminjamkan lapan pemain mereka kepada pasukan di luar UK.

Matt Doherty juga asalnya hanya mahu dipinjamkan saja kepada Atletico Madrid, namun kerana jumlah pemain dipinjamkan sudah cukup lapan, maka Spurs tak boleh meminjamkan mana-mana pemain mereka lagi kepada pasukan luar UK.

Andainya mereka meminjamkan lebih dari lapan pemain, maka Spurs secara tak langsung telah melanggar peraturan yang ditetapkan oleh FIFA.

Spurs memutuskan untuk menamatkan kontrak Doherty yang sepatutnya tamat pada 2024 itu sebagai tanda berterima kasih atas sumbangan pemain pertahanan itu sebelum ini.

Selain Porro, Spurs turut menandatangani Arnaut Danjuma dari Villarreal menerusi perjanjian pinjaman jangka masa panjang.

Skuad kendalian Antonio Conte itu kini sedang berada di kedudukan kelima dalam carta saingan Premier League dengan mereka selepas ini akan turun beraksi bertemu Manchester City pada hujung minggu nanti.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN